Berkayak, berbasikal, piknik dan mendaki tembok. Ini 5 lokasi best di Putrajaya
PUTRAJAYA bukan sahaja menjadi tempat pentadbiran negara, bahkan mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi pada hujung minggu.
Tak perlu memandu jarak jauh nak bawa anak-anak untuk bersuka ria, cukup sekadar jelajah ibu kota pintar seluas 49 kilometer (km) persegi tersebut.
Sebelum beriadah ke Wilayah Persekutuan ke-3 negara itu, kita kenalah tahu serba sedikit sejarah destinasi berkenaan.
Percaya tak, dahulunya ia dikenali dengan nama Prang Besar iaitu tempat terpencil yang terletak kira-kira 25km dari selatan Kuala Lumpur.
Kemudian, pada tahun 1994 kawasan seluas 4,931 hektar itu terus membangun dengan pelbagai bangunan kerajaan, perumahan, prasarana komersial dan sosial.
Carian SinarPlus mendapati, banyak tempat unik lagi menarik yang boleh buat si kecil teruja.
Berikut lima lokasi yang boleh kalian pertimbangkan untuk habiskan masa hujung minggu:
1. Kelab Tasik Putrajaya
Alamat: Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Facebook: Kelab Tasik Putrajaya
- Antara lokasi terbaik untuk kalian bawa famili beriadah.
- Selain boleh beri makan ikan, anda boleh berkayak dan bermain aqua boat yang berbentuk kereta merah.
- Kalau nak belajar scuba diving, Kelab Tasik Putrajaya turut menyediakan servis tersebut.
- Jangan lepaskan peluang untuk meriahkan Pesta Tasik di sana kerana pelbagai aktiviti menarik diadakan.
2. Pantai Floria
Alamat: Sisiran Floria, Presint 4, Putrajaya
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6.30 petang
Facebook: Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya
- Satu lagi tempat untuk melakukan aktiviti berkayak, memancing atau bermain bot kawalan jauh.
- Jadi, si ayah jangan lupa bawa koleksi joran sebab koleksi ikan di sana memang besar dan puas hati kalau dapat bawa balik.
- Sesuai juga dijadikan lokasi piknik sebab anak-anak boleh bermain air.
- Lagi menarik, sempena bulan kemerdekaan ini, bagi sesiapa yang membawa bendera dan bermain di sana, dapat harga istimewa.
3. Putrajaya Steps
Alamat: Presint 1, Putrajaya
Waktu operasi: 24 jam
Tiket masuk: Percuma
- Inilah masanya untuk anda uji ketahanan diri. Sebanyak 248 anak tangga perlu didaki!
- Ia dibina di atas cerun menuju ke Taman Putra Perdana setinggi 30 meter dan jarak sejauh 200 meter.
- Jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama signatur ikonik Tangga Putrajaya yang dibina sempena sambutan Jubli Perak Putrajaya.
4. Taman Wetland Putrajaya
Alamat: Presint 13, Putrajaya
Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 malam
Tiket masuk: Percuma
- Satu hari memang tak cukup kalau mahu ronda kawasan seluas 3.35km persegi.
- Taman Wetland pula mempunyai lebih 59 spesies burung penghijrah dan 200 spesies burung tempatan, lebih 24 spesies ikan air tawar serta haiwan akuatik.
- Sudah penat berjalan, apa kata singgah ke Wetland Studios yang penuh dengan kejutan. Pasti anak-anak suka!
5. Taman Cabaran Putrajaya
Alamat:Jalan P5, Presint 5, Putrajaya
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
Tiket masuk: RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak)
- Sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti ektrem seperti berbasikal bukit, wall climbing dan skateboard.
- Kompleks sukan mendaki tersebut mempunyai tembok dinding setinggi 20 meter dan terbahagi kepada lima zon.
- Jadi jangan risau, anda boleh pilih zon yang sesuai dengan stamina diri.
Putrajaya memang memiliki pelbagai kemudahan rekreasi mengujakan tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak, kan?
Jadi, apa tunggu lagi? Boleh packing barang untuk piknik dan si ayah, jangan lupa bawa joran untuk aktiviti air di sana.
Okey! Selamat berhujung minggu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang