Cara Buat Murtabak Ayam Homemade Sedap Ala Bazar

Untitled design (6)
Untitled design (6)
A
A
A

MURTABAK Ayam ialah sajian yang menjadi pembuka selera di bulan Ramadan. Makan bersama kuah pencicah bawang cuka atau kari, memang rasa sedap tidak terkata.

Bagi korang yang masih tercari-cari resipi Murtabak Ayam ‘homemade’ resipi daripada Pusat Pakaian Hari Hari ini sesuai dijadikan panduan untuk buat sendiri di rumah.

RESIPI MURTABAK AYAM

Bahan-bahan kulit:

3 cawan tepung gandum

1 hingga 1 ½ cawan air

1 sudu besar mentega

2 sudu besar susu pekat manis

Garam secukup rasa

1 sudu besar minyak

Langkah-langkah penyediaan:

* Larutkan susu pekat manis, minyak masak dan garam ke dalam 1 cawan air. Masukkan tepung, mentega dan bancuhan air tadi ke dalam mangkuk pengadun.

* Uli hingga sebati dan jika dohnya agak keras tambahkan sedikit air dari ½ cawan air tadi.

* Terus lagi menguli hingga doh menjadi elastik dan rehatkan selama 30 minit. Tutup dengan kain lembap. Bentukkan menjadi bebola kecil seberat 75gm-90gm setiap satu. Sapukan dengan minyak masak.

* Perap selama dua jam dan setelah itu tebar seperti membuat roti canai atau tarik nipis-nipis. Masukkan inti, lipat dan tutup balik. Goreng dengan api perlahan di atas kuali leper hingga masak.

Baca juga Terliur resipi Asam Pedas Daging, tak sabar nak masak untuk berbuka

Bahan-bahan untuk inti :

300gm daging ayam cincang

2 labu bawang besar, dipotong dadu

3 ulas bawang putih, di cincang

4 sudu besar rempah kari

garam dan gula secukup

6 biji telur

Cara memasak:

* Tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi, masukkan daging ayam cincang dan rempah kari.

* Perisakan dengan garam dan gula, masak hingga kering.

* Setelah siap, matikan api dan sejukkan. Bila inti telah suam, campurkan dengan telur dan kacau hingga sebati.

Proses pembuatan kulit murtabak lebih kurang sama dengan roti canai. Jadi, korang bolehlah pelbagaikan resipi ini untuk membuat roti canai pula. Semoga ia bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca