Chicken Wonton EB Frozen halal, berkualiti

A
A
A

MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS

Wonton atau disebut wantan ialah sejenis ladu yang didapati dalam pelbagai masakan masyarakat Cina. Ia boleh dihidangkan dalam dua cara sama ada digoreng mahupun direbus dalam sup.

Makanan ini mempunyai ramuan yang tersendiri dan berbeza mengikut masakan asal di negara China.

Masyarakat di Guangdong lebih gemar menghidangnya dengan berintikan daging, ayam atau udang.

Bagi anda yang menggemari masakan Cina, boleh mencuba Crispy Fried Chicken Wonton keluaran EB Frozen Food iaitu produk makanan sejuk beku yang dijamin berkualiti, halal dan bernutrisi.

Crispy Fried Chicken Wonton diperbuat daripada dada ayam yang berkualiti tinggi dan mengandungi lemak lebih rendah berbanding bahagian daging yang lain.

Wonton dihasilkan daripada pastry khas buatan sendiri yang cenderung lebih rangup setelah digoreng tetapi mengekalkan kelembutan dan rasa berjus.

EB mempunyai sekumpulan pasukan Penyelidik dan Pembangunan (R&D), Penjaminan Kualiti (QA) dan Kawalan kualiti (QC) yang professional untuk setiap proses pembuatan produk-produk keluarannya.

Pasukan ini akan memastikan proses pengeluaran hinggalah kepada pengedaran berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut standard yang ditetapkan.

“Kami juga mengeluarkan semua produk dengan menggunakan mesin automatik dan ini membantu dari segi kepantasan dan ketekalan kualiti produk kami.

“Kami menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF) yang canggih pada kira-kira negatif 40 darjah Celcius yang menjamin kesegaran produk makanan walaupun selepas pencairan,” jelas wakil EB ketika ditemu bual pada Selasa.

Mengenai pembungkusan, EB akan berusaha untuk menjadikan penampilannya lebih menarik dan kelihatan lebih segar serta bertenaga berbanding sebelumnya.

Sebagai pengeluar makanan mereka percaya pengguna bukan sahaja memerlukan makanan yang enak tetapi pada masa yang sama ia berdaya tarik dan kelihatan hebat.

Tiada keraguan

Pengguna EB Frozen Food tidak perlu ragu-ragu.

EB Frozen Food merupakan jenama yang sesuai untuk semua orang dan sentiasa memastikan produk yang dikeluarkan di pasaran mesra pengguna.

“Pengguna Muslim tidak perlu bimbang kerana semua produk kami diperakui dan dihasilkan mengikut piawaian Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan ISO 22,000.

“Sebagai produk makanan mesra Muslim, pengguna EB Frozen Food tidak perlu lagi ragu-ragu semasa memilih produk kami.

“Logo yang dipamerkan pada setiap bungkusan produk kami telah diperakui untuk meyakinkan pembeli,” jelasnya.

Sebagai produk makanan segera, Crispy Fried Chicken Wonton ini mudah untuk disediakan khususnya kepada mereka yang sentiasa sibuk dan masa terhad untuk menyediakan hidangan.

Produk sejuk beku ini boleh dimasak terus tanpa perlu dicairkan dan kaedah penyediaannya boleh menggunakan cara biasa atau moden seperti penggoreng udara (air fryer).

Namun, produk Crispy Fried Chicken Wonton digalakkan untuk digoreng cara biasa agar dapat mengeluarkan rasanya yang asli.

“Apapun, ia bergantung kepada pengguna untuk memilih cara masakan sesuai dengan gaya hidup yang pantas pada hari ini,” katanya.

Harga berpatutan

Keistimewaan produk Crispy Fried Chicken Wonton juga terletak kepada harganya yang lebih murah berbanding jenama lain di pasaran. Untuk pek 380gram, ia boleh didapati dengan RM8.00.

Semua produk keluaran EB Frozen termasuk Chicken Wonton boleh didapati di pasar raya seperti di AEON, AEON Big, NSK, TF Value Mart, Village Grocer, Super Seven, Jaya Grocer, Econsave dan Billion.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca