Donat, bomboloni gebu, banyak perisa dan topping. Air tangan Nurul Fazlina jadi rebutan orang Shah Alam
DONAT dan terbaharu, bomboloni yang tular kini merupakan makanan yang sangat digemari ramai tidak kira dalam kalangan anak kecil atau orang dewasa.
Menyedari trend yang konsisten itu, seorang pensyarah sambilan jurusan seni persembahan vokal Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Nurul Fazlina Ariff Fadillah mengambil langkah mengusahakan perniagaan Dough Re Mi.
Wanita berusia 35 tahun itu berkata, pada setiap hari, beliau menyediakan 20 perisa donat pilihan ramai. Antaranya seperti coklat keju, biscoff, oreo, yam dan oreo, coklat mentega kacang, nutella dan banyak lagi.
Sebagai tambahan, donat susu, red velvet dan pandan juga ditawarkan.
Selain donat yang menarik perhatian ramai, bomboloni air tangan Nurul Fazlina turut menjadi kegilaan.
Lapan jenis perisa yang diketengahkan iaitu coklat, coklat crunch, salted caramel, kastard, keju, strawberi, strawberi susu dan beri biru sentiasa laris hampir tidak mengira masa.
“Ramai beritahu saya, mereka suka bomboloni daripada Dough Re Mi kerana limpahan inti dalam kuih yang membangkitkan selera. Rasanya juga sedang-sedang saja, tak terlalu manis atau tawar,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Berkongsi sedikit tip, Nurul Fazlina berkata, untuk menghasilkan bentuk donat dan bomboloni yang cantik sebenarnya terletak kepada teknik adunan yang tepat.
“Sebenarnya nak bikin donut ini agak leceh dan 'manja', silap sikit, adunan tak menjadi. Sebab itu, saya suka letak air berais semasa menguli supaya adunan lebih gebu.
Baca juga Resipi Donut Dark Chocolate Charchoal, mewah dengan rasa coklat
“Cara membentuk donat dan bomboloni juga kena sekata supaya ketika proses menggoreng, warna permukaan nampak elok saja,” katanya yang mempunyai dua cawangan gerai jualan di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.
Cerita pensyarah tersebut agak menarik. Sebenarnya, beliau bukanlah seorang yang handal dalam pembikinan pastri, setakat mempelajari asas membuat donat secara online sahaja.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan pertama dilaksanakan, saya ikuti kelas buat kuih itu kerana anak-anak suka makan. Tiga kali cuba, barulah saya dapat bentuk donat yang betul-betul gebu dan lembut.
Baca juga Buat sendiri puas hati, ini resipi donut susu gebu gebas viral
"Bermula daripada jualan kecil-kecilan, saya beranikan diri buka gerai di tepi jalan. Alhamdulillah, sambutan diberikan cukup menggalakkan,” katanya.
Bermula hanya 8 kilogram (kg) stok tepung pada hari pertama jualan, kini jumlah tempahan yang diterimanya mencecah 30kg setiap hari.
“Harga yang kami tawarkan juga murah dan berbaloi. Hanya RM2.50 hingga RM4 sahaja,” katanya sambil memberitahu, lebih 1,500 donat dan bomboloninya terjual dalam masa sehari.
Ungkap Nurul Fazlina, sambutan yang menggalakkan yang diterima turut mendorongnya meluaskan bisnes pada masa akan datang.
#jomsinggah
Donat sudah menjadi kudapan viral apabila sudah mempunyai pelbagai perisa dan topping.
Selain itu, bomboloni juga menjadi pilihan utama orang ramai untuk menikmati sajian petang. Harga yang dijual di premis tepi jalan biasanya lebih murah.
Namun, keenakannya kadangkala jauh lebih terserlah. Berikut empat premis yang menyajikan menu sama dengan tarikan tersendiri:
Lubok Lapau
Alamat: No 111, Jalan Zapin 1, Taman Paya Rumput Utama, Rembia, Alor Gajah, Melaka
Waktu operasi: 10 pagi hingga 5.30 petang
Menu signatur: Bomboloni RV Mix Cheese Nutella
Harga: Bermula RM15
Facebook: Lubok Lapau
Shooga Manis
Alamat: 29, Jalan Bestari 13, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 10 malam
Menu signatur: Bomboloni dan donat susu
Harga: RM7 hingga RM13
Facebook: Shooga MANIS
Instagram: @shooga_manis
D'Melaty Donut
Alamat: No 59, Taman Haz Melati, Jalan Bukit Keteri, Beseri, Perlis
Waktu operasi: Bermula pukul 12.30 tengah hari
Menu signatur: Donut Red Velvet Belgium Dark Chocolate
Harga: Bermula RM2
Facebook: D'Melati Bakery
FA Donut's
Alamat: 1837 G, Jalan Kubang Buyong, Kampung Kubang Buyong, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 5.30 petang
Menu signatur: Donat pandan, bebola mini donat dan donat
Harga: Bermula RM2
Facebook: FA Donut's
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang