Dron DJI Mavic 3 Pro dengan sistem 3 kamera optik, bantu cipta kandungan berstandard tinggi tanpa had jarak

A
A
A

PENERAJU jenama dron terkemuka global, DJI hadir dengan model terbaharu, Mavic 3 Pro.

Gajet itu antara lain dilengkapi sistem tiga kamera optik yang lengkap dengan mod pintar pertama di dunia.

Tampil dengan fungsi jarak fokus yang berbeza, bidikan peranti berkenaan dikatakan lebih hebat apabila disertakan dengan kamera sudut lebar Hasselblad, telesederhana dan telekamera.

Pengarah Kreatif DJI, Ferdinand Wolf berkata, gabungan tiga kamera tersebut akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mencipta kandungan tanpa had ruang dan jarak terhad.

DJI

“Mavic 3 Pro juga memiliki set mod pintar DJI untuk membantu mencipta kandungan yang tidak menjemukan dan berstandard tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikut ciri kecerdasan buatan yang diperkenalkan Mavic 3 Pro:

  • Kamera Hasselblad dan kamera telesederhana menyokong ciri FocusTrack termasuk ActiveTrack 5.0, Spotlight dan 'tempat menarik' untuk penjejakan stabil dari pelbagai arah.
  • Fungsi MasterShots dengan hanya satu ketikan membolehkan dron menangkap, mengedit dan menambah runut bunyi secara automatik untuk menjana rakaman sinematik secara terus.

Baca juga Dron Edukit Meraque canggih dicipta khusus untuk kanak-kanak, mesra bilik darjah dan mengujakan

DJI

  • QuickShots untuk pergerakan kamera yang pelbagai seperti Dronie, Rocket, Circle dan Helix.
  • Ciri Panorama untuk bidikan visual landskap lebih luas.

Selain berfungsi hingga 43 minit masa penerbangan, sistem penghantaran dron DJI O3 boleh menghantar suapan langsung bersaiz definisi tinggi 1080p/60fps pada jarak hingga 15 kilometer.

Baca juga DJI Mini 3 Pro: Dron lebih ringan, mudah alih dan paling selamat di dunia

DJI

Ciri tambahan seperti WaypointFlight, CruiseControl dan Advanced RTH akan meningkatkan lagi pengalaman penerbangan automatik.

Harga ditawarkan untuk Mavic 3 Pro bermula RM9,799. Untuk maklumat lanjut, layari www.dji.com.

Pembelian boleh dibuat di platform Lazada dan Shopee.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca