DJI Mini 3 Pro: Dron lebih ringan, mudah alih dan paling selamat di dunia
PENERAJU industri dron awam dan teknologi kamera bertaraf global, DJI baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu yang lebih ringan dan mudah alih, DJI Mini 3 Pro.
Dron bersaiz kompak tersebut dikatakan paling berkuasa berbanding model terdahulu apabila didatangkan dengan ciri lanjutan video 4K/60fps, ActiveTrack, penderiaan halangan tiga arah dan putaran gimbal 90 darjah.
Pengarah Kreatif DJI, Ferdinand Wolf berkata, kebolehan sebuah kamera udara yang kecil membolehkan orang ramai melihat dunia dengan lebih luas menggunakan cara paling mudah.
"Apabila kami melancarkan siri dron mini pada tahun 2019, kami mahu berkongsi keupayaan penerbangan yang baik, kecerdasan buatan (AI) dan kepelbagaian pengimejan melalui model yang diperkenalkan.
"Justeru, dengan DJI Mini 3 Pro yang ultra ringan, dapat memberikan persepsi positif untuk dron kamera mudah alih yang berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga Lihat dunia dengan cara paling luas, DJI Mini 3 Pro, dron kamera mudah alih dengan ciri AI
Fitur yang mempunyai berat kurang 249 gram itu mampu bertahan untuk tempoh penerbangan lebih 30 minit, selain dikategorikan sebagai dron paling selamat.
Selain memiliki kebolehlipatan padat bersaiz poket yang mudah alih, reka bentuk lengan dan kipas dilaraskan untuk penerbangan yang lebih aerodinamik.
Menariknya, DJI Mini 3 Pro menampilkan Tri-Directional Obstacle Sensing yang terdiri daripada penderia visual hadapan, belakang dan bawah.
Ciri canggih tersebut meningkatkan lagi Sistem Bantuan Juruterbang Lanjutan 4.0 yang secara automatik mengesan dan mencari laluan yang lebih selamat.
Harga DJI Mini 3 Pro bermula RM3,399. Pembelian boleh dilakukan di outlet sah Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.dji.com/dji-mini-3-pro.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang