Gerun kulit menggelupas dengan teruk? Daily Milkfoliant daripada dermalogica bantu selesaikan masalah
RAMAI wanita yang masih keliru mengenai pengelupasan kulit. Kebanyakannya mengandaikan, jika melakukannya secara berlebihan, ia mungkin akan menyebabkan timbul jerawat, kulit menjadi kering dan menggelupas teruk.
Namun, dengan menggunakan Daily Milkfoliant baharu daripada dermalogica, kaum wanita boleh menemui ‘cara damai‘ untuk melicin dan melegakan kulit.
Hadir dengan serbuk baharu dan dibotolkan dalam plastik kitar semula, formula vegan itu dikatakan paling terbaik yang pernah disediakan untuk para pengguna.
Dermalogica dalam satu kenyataan menyebut, inovasi yang diperbuat daripada ekstrak oat, kelapa dan botani yang kaya dengan Alpha hydroxy acids dan Beta hydroxy acids itu akan menyaksikan percikan air akan mengubah serbuk tersebut kepada buih yang kaya dan berkrim, sekali gus menggilap kulit mati dengan lembut.
“Formula ini juga membantu menghilangkan serpihan permukaan yang kusam dan menjadikan tona kulit pemakainya lebih sekata, kulit lebih lembab dan sihat,“ katanya.
BACA JUGA: Selalu cuci tangan buat kulit menggelupas, ini cara atasinya
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang