KULIT berminyak, cuaca panas atau terlalu lembap antara sebab-sebab utama berlakunya jerawat. Memakai topeng muka berjam-jam juga boleh memburukkan lagi keadaan.

Khas untuk wanita yang mempunyai permasalahan itu, Hada Labo memperkenalkan Blemish & Oil Control Gel iaitu pelembap serba baharu untuk memastikan kulit licin, bersih dan sihat.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, ekstrak hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella asiatica, Houttuynia aordata dan bunga chamolie dapat membantu mengurangkan cela dan ‘menenangkan’ kulit, sekali gus dapat mengekalkan kulit yang bersih dan sihat.

BACA JUGA: Lembapkan kulit, naikkan seri wajah dengan topeng muka Hada Labo Kotojyun Mask

BACA JUGA: Serum penggalak Hada Labo H A Supreme bantu redakan kerengsaan kulit. Hasil tindak balas pun cepat!

BACA JUGA: Ubat hilangkan jerawat tak boleh diambil semberono demi elak dapat bayi cacat

“Dua jenis asid hyaluronik yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah kelembapan kulit yang lembut, licin dan anjal. Tekstur gelnya juga ringan dan tidak melekit,” kata kenyataan itu sambil menambah, Hada Labo Blemish & Oil Control Gel juga bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Sesuai digunakan secara harian, produk terbaharu dari Jepun itu kini dijual di farmasi di seluruh negara pada harga RM75.90.

Pembelian juga boleh dibuat melalui Shopee, Lazada dan Watsons.

Dua jenis asid hyaluronik yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah kelembapan kulit yang lembut, licin dan anjal. Tekstur gelnya juga ringan dan tidak melekit,” kata kenyataan itu sambil menambah, HADA LABO BLEMISH & OIL CONTROL GEL juga bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Iklan

Arahan penggunaan:

1. Gunakan dua kali sehari selepas Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion.

2. Ambil jumlah secukupnya dan sapu rata pada muka dan leher.

3. Urut dan tepuk perlahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit.

Iklan

BACA JUGA: Hati-hati beli ubat jerawat online, ini jenis dan kesan sampingan

BACA JUGA: Jika rajin, hanya guna kentang elak jerawat, wajah tua

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan