Hanya guna barang DIY, ibu ini berjaya transisikan satu bilik jadi tiga ruang demi anak tersayang
PERSEKITARAN dan ruang bilik yang selesa menjadi keutamaan ibu bapa apabila mengubahsuai bilik tidur si kecil.
Bukan itu sahaja, pemilihan katil, perabot termasuk sudut bacaan dan permainan juga perlu diambil kira.
Itu yang dilakukan oleh seorang ibu,
. Beliau telah menggabungkan tiga ruang di dalam satu bilik yang berukuran 8 x 9 kaki persegi.Wanita itu dilihat secara kreatifnya membahagikan ruang ruang bermain, belajar dan tempat tidur.
“Dekorasi bilik ini sebenarnya adalah konsep playhouse yang diinspirasikan dari sebuah taska. Sebab itu saya wujudkan tiga ruang berbeza untuk belajar, bermain dan tidur, sesuai dengan ruang yang dibahagikan itu.
“Saya kasihan melihat tiga anak saya susah untuk bermain memandangkan kami tinggal di rumah apartmen. Jadi, saya mendapat idea untuk menyediakan satu bilik khas untuk tujuan itu,“ katanya yang mesra disapa Wanie.
Memahami kehendak budak kecil yang tertarik dengan warna, beliau memilih simbahan rona terang seperti biru gelap, biru turqoise dan merah jambu.
UTAMAKAN KESELAMATAN
Menurut Wanie lagi, beliau mengambil masa yang agak lama untuk mentransformasikan bilik berkenaan.
“Untuk kerja-kerja membina rangka, hanya dua hari. Cuma untuk proses dekorasi, rekaan dan sebagainya, ia memakan masa kira-kira sebulan lebih kerana saya mengutamakan keselamatan anak semasa bermain,“ ungkapnya.
Beliau juga mengelakkan penggunaan benda tajam, keras ataupun sebarang elemen yang boleh mendatangkan kecederaan.
“Untuk bahagian lantai, saya menggunakan foam mat (tikar berbusa). Bagi gelongsor, getah paip diletakkan di bahagian pemegang. Di bawahnya, sudah tersedia beanbag dan foam mat. Sementara itu, bahagian pemijak tangga pula ditampalkan juga foam mat untuk keselesaaan sewaktu memanjat,“ katanya.
MINIMUMKAN BARANG
Bercerita tentang ruang untuk bermain, Wanie berkata, kalau diikutkan, ketinggian dari lantai ke lantai hanya sekitar 1.4 meter. Pada asalnya, beliau mahu kawasan itu dibiarkan kosong sahaja.
“Pun begitu, anak minta saya buatkan set dapur. Selepas membuat tinjauan, memang ‘boleh tahan‘ harganya. Justeru, untuk menjimatkan bajet, saya menggunakan kotak dan plywood.
"Janji si kecil boleh memasak sudahlah. Ketinggian ruang bermain sengaja saya rendahkan, jika lagi tinggi mungkin saya sendiri boleh masuk di dalamnya,“ selorohnya sambil memberitahu, kos yang diperuntukkan untuk proses transisi bilik menelan belajar lebih kurang RM500 sahaja.
Secara keseluruhannya, kediaman yang dibeli sejak tahun 2016 itu memiliki lima buah bilik.
Kini, hanya tinggal tiga bilik tidur memandangkan salah satunya dijadikan ruang makanan, sementara lagi satu dijadikan bilik menonton.
“Kalau diikutkan idea asal tiada tempat tidur, tetapi memikirkan kami ada tiga orang anak, jadi saya letak satu tilam di ruangan berkenaan. Lengkap dengan almari baju. Mudah untuk mereka, selepas penat bermain terus tidur,“ katanya.
Setelah meninjau dengan lebih dekat, rupa-rupanya papan yang tertulis perkataan Good Night merupakan sebuah meja yang disorokkan.
Sambil mengiakannya, Wanie berkata, peralatan itu akan diturunkan apabila si kecil mahu buat kerja sekolah.
“Kalau perasan, di sebelahnya (meja), saya letakkan rak untuk susun buku-buku sekolah mereka,“ katanya.
Melihat kapasiti ruang bilik yang tidak terlalu besar, suri rumah itu turut meminimumkan barang-barang. Tempat simpanan sebarang item sengaja dibuat dalam ruang yang sederhana.
Beritahu Wanie lagi, beliau turut melatih dan mendisiplinkan semua anaknya supaya sentiasa mengemas dan menyusun mainan sebelum tidur.
“Jika terdapat mainan yang ada atas lantai atau bersepah, saya akan buang atau sorokkan. Dengan cara tersebut, anak-anak lebih peka dan sayang mainan yang ada,“ ujarnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang