Ibu hamil, anak kecil, pesakit kronik, warga emas eloklah dapatkan suntikan vaksin influenza ni

No Image Caption
A
A
A

JANGAN pandangan ringan bila hidung asyik berair, lepas tu rasa sengal-sengat otot. Baik periksa, entah-entah korang kena flu sebab influenza.

Usah pandang ringan dan ambil mudah ya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion kes flu berlaku setiap tahun. Tiga hingga lima juta berada dalam keadaan parah dan meragut nyawa lebih 650,000 orang seluruh dunia!

Jadi, saranannya supaya kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, ibu hamil, pesakit penyakit kronik, dan warga emas mendapatkan vaksin influenza setiap tahun untuk melindungi diri mereka.

Menurut WHO, vaksinasi flu tahunan merupakan kaedah terbaik apabila diiringi dengan pengamalan kebersihan diri dan gaya hidup sihat. Ini bagi mencegah jangkitan influenza, penyakit parah dan komplikasi berkait yang boleh membahayakan nyawa.

Jadi eloklah ikut saja saranan dan kempen baik ni...

Tatkala rakyat Malaysia sedang mengubah gaya hidup akibat pandemik Covid-19, program Imunisasi Sepanjang Hayat (Immunise4Life) mengambil inisiatif bekerjasama dengan beberapa badan perubatan, organisasi bukan kerajaan dan individu berpengaruh bagi menjayakan kempen tersebut.

Kempen itu melibatkan sebuah kempen ikrar atas talian kebangsaan yang menggesa orang ramai untuk terus melindungi diri masing-masing dan orang tersayang daripada influenza.

Menariknya, setiap individu yang terlibat akan memaparkan ikon dua hati yang unik di tapak tangan yang memberi maksud pencegahan flu adalah tanda kasih sayang.

Kalau korang nak tahu, mesej yang ingin disampaikan adalah untuk mengajak orang ramai mendapatkan vaksinasi flu setiap tahun di samping mengamalkan kebersihan diri yang baik dan gaya hidup sihat. Ia bagi melindungi diri masyarakat kita daripada penyakit tersebut dengan menyasarkan sebanyak 300,000 ikrar menjelang Oktober.

Ia turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjadikan pencegahan flu sebagai keutamaan.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal program Immunise4Life (IFL), Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata, membuat ikrar peribadi bagi mencegah flu adalah keputusan yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa diri sendiri dan orang yang tersayang.

“Kempen Cegah Flu, Normal Baharu ini seiring dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tidak mengabaikan influenza dan isu-isu kesihatan masyarakat yang lain di kala Covid-19.”

Kempen tepat pada masanya

Dalam pada itu, Profesor Dr Zamberi Sekawi, Pengerusi Malaysian Influenza Working Group, percaya bahawa kempen Cegah Flu, Normal Baharu tiba pada waktu yang tepat.

“Setelah berbulan menjalankan kehidupan yang terkawal, rakyat Malaysia sedang mula untuk kembali ke rutin harian mereka di bawah ‘normal baharu’.

“Namun, masih terdapat risiko untuk mendapat jangkitan influenza apabila orang ramai mula bergaul di tempat kerja, sekolah dan kompleks membeli belah. Hal ini mungkin boleh menyebabkan peningkatan kes flu dalam beberapa bulan akan datang. Kita patut mengambil langkah pencegahan seperti mendapatkan vaksinisasi flu bagi melindungi diri kita,” katanya.

Kempen tersebut dikukuhkan lagi dengan sokongan selebriti media sosial dan artis-artis seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Alyssa Dezek, Jeryl Lee Pei Ling, Dr Say Shazril, Debbie Goh, Betty Rahmad, Douglas Lim, Dr Halina Mohd Yunos dan ramai lagi.

https://youtu.be/WLmcKsPoIrc

Jadi, apa tunggu lagi. Jom mula berikrar cegah flu dalam normal baharu dengan klik butang ikrar di laman web, https://www.actoflove.ifl.my/.

Untuk maklumat lanjut tentang Immunise4Life, layari https://www.immunise4life.my/ atau hubungi Sekretariat Immunise4Life di matters@ifl.my.

ANEKDOT

Tentang influenza (flu/ selesema) yang perlu kita tahu:

Boleh menyebabkan penyakit ringan hingga parah, dan kadang-kadang boleh menyebabkan kematian. Selesema berbeza dengan hidung berair disebabkan kesejukan. Selesema biasanya timbul secara tiba-tiba. Orang yang mempunyai selesema sering merasakan beberapa atau semua gejala ini:

  • Demam * atau merasa demam / menggigil
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Hidung berair atau tersumbat
  • Sakit otot atau badan
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sesetengah orang mungkin mengalami muntah dan cirit-birit, walaupun ini lebih biasa pada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Sumber: www.cdc.gov/flu/symptoms/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca