Jangan cepat mengalah dalam hidup. Pakar ini kongsikan cara mudah tenang, rilekskan diri
SEJAK kebelakangan ini, ramai yang meluahkan rasa tertekan dan terhimpit mengharungi kehidupan pada era pandemik ini.
Masakan tidak, ada yang hilang pekerjaan, gaji dipotong dan lebih teruk lagi apabila ahli keluarga dan mungkin diri sendiri dijangkiti virus itu.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 91.2 peratus daripada lebih 100,000 panggilan diterima daripada talian bantuan, kebanyakannya memerlukan dukungan dan sokongan dari aspek emosi dan kaunseling.
Namun, ketahuilah terdapat banyak cara untuk mengatasi kekusutan yang dialami dan elakkanlah mengambil tindakan secara melulu yang akhirnya membinasakan diri dan ahli keluarga.
Prihatin dengan situasi yang semakin menekan sekarang, Pakar Psikiatri dan Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria berkongsi pendekatan yang boleh dipraktiskan sekiranya kita berdepan dengan situasi yang membuatkan kita hilang harapan.
Menerusi ciapan Twitternya, Dr Rozanizam berkongsi Teknik Emotional Defusion iaitu berkawan dengan perasaan bukannya berlawan.
Ujar beliau, pabila datangnya fikiran yang takut, down, sedih, panik, hilang harapan dan 'seangkatan' dengannya, cuba hentikan semua itu dan tarik nafas sedalam-dalamnya.
"Kemudian, beritahu kepada diri sendiri dengan membuat 'ucapan' khas untuk kembali tenang dengan keadaan itu," ujarnya.
Antaranya seperti:
"Saya bukan anxious, cuma sekaang fikiran tentang anxiety sedang singgah".
"Saya bukan depressed, cuma perasaan itu sedang lalu dan menyapa".
Menghuraikan lebih lanjut mengenai teknik tersebut, Dr Rozanizam berkata, konsepnya adalah untuk 'reframe' minda bahawa emosi atau fikiran tidak mendefinisikan siapa kita.
Baca juga: Covid-19: Kesihatan mental juga penting!
"Ia hanyalah fikiran atau perasaan yang datang dan pergi sahaja. Jangan lawan. Sebaliknya, berkawanlah dengan emosi dan perasaan tersebut.
"Ia ibarat lebih yang singgah kerana apabila kita gelabah, lantas kita digigit. Padahal niat asalnya tersinggah sahaja," katanya.
Oleh itu, pesan beliau, letaklah sempadan antara emosi dan fikiran kita agar 'mereka' tidak menjadi penentu kepada tindakan seterusnya.
Jadi, bertenanglah...
Seberat manapun ujian dan masalah yang ditanggung, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Ingat, carilah saluran dan pendekatan yang betul jika anda sedang dilanda tekanan.
#kitajagakita #kitalaluibersama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang