Juadah buka puasa ala hotel terus depan pintu rumah

A
A
A

BARANGKALI satu kelainan buat Ramadan kali ini apabila juadah berbuka puasa ala hotel disediakan terus ke pintu rumah sempena kempen Jemput Makan Bazar To Go Sunway Resort Hotel & Spa.

Apa yang menariknya, lebih 70 hidangan masakan kampung ditawarkan bermula esok (24 April) sehingga 21 Mei nanti bagi memuaskan hati pelanggan yang inginkan juadah istimewa untuk berbuka puasa.

Meskipun berdepan halangan perintah kawalan pergerakan (PKP), Sunway Resort Hotel & Spa memahami kehendak pelanggan di sekitar Bandar Sunway, Selangor yang mahu menikmati juadah berbuka ala hotel di rumah.

set selera kampungCEF Halid Burus (tengah) menunjukkan sebahagian menu yang ditawarkan untuk set selera kampung.

Hidangan signatur yang ditawarkan bukan calang-calang seperti kambing bakar, kari kepala ikan merah, udang kulit lembut dan tidak lupa, gulai itik salai Kuala Pilah yang cukup terkenal dengan keenakannya.

Bagi keluarga yang mempunyai ahli yang ramai, bolehlah memilih untuk hidangan bersaiz besar dengan pelbagai menu sama ada ala carte atau set selera kampung.

Buat peminat kambing bakar, satu set hidangan yang diperap dengan herba istimewa dengan berat 16 kilogram sehingga 18 kilogram akan ditawarkan pada harga RM998 manakala set selera kampung untuk empat orang hanya RM238 net sahaja.

set selera kampungANTARA menu set selera kampung yang ditawarkan pada harga RM238 net.

Untuk menu set, orang ramai boleh memilih untuk empat hidangan utama meliputi daging, ayam, kambing, sotong, udang, ikan dan kupang hijau manakala dua jenis lauk berasaskan sayuran.

Selain hidangan percuma seperti kurma, kuih muih, satay, ketupat dan jeruk, lauk gandingan seperti pelbagai jenis sambal, telur masin serta ikan masin turut diberikan bersama set yang ditempah.

set selera kampungPelbagai jenis masakan makanan laut dan daging kambing untuk juadah berbuka puasa.

Hidangan yang ditempah akan dihantar menggunakan perkhidmatan Grab Delivery atau Lalamove yang mana caj penghantaran akan ditanggung pembeli manakala bayaran terus kepada pemandu ketika pesanan diterima.

Bagi mereka yang menempah di Sunway City, penghantaran adalah percuma manakala penghantaran atau pengambilan terakhir adalah pada jam 6 petang setiap hari.

Bagi ahli Sunway Pals, mereka akan dapat menikmati potongan 15 peratus daripada jumlah bil makanan dan memperoleh 5X poin Pals, berdasarkan jumlah transaksi setelah diskaun.

set selera kampungHIDANGAN nasi beriyani dan seafood juga disedikan untuk juadah sepanjang Ramadan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca