Kafe unik dalam kebun bunga. Sambil belek pokok, 'layan' kopi dan 'dessert'. Memang cara!

A
A
A

BUAT peminat pokok bunga hiasan, memang tak sah jika tidak mengunjungi tapak nurseri untuk melihat tanaman baharu setiap minggu.

Selain dapat cuci mata dan terapi diri, anak pokok baharu yang dibeli juga boleh menambah koleksi peribadi di rumah.

Lagi banyak, lagi meriah, tapi kenalah pandai jaga, ya.

Lagi seronok jika tapak semaian mempunyai keunikan kafe tersendiri. Sambil belek pokok, boleh makan sekali.

Sejak kebelakangan ini, SinarPlus lihat, sudah banyak pengusaha nurseri mengambil pendekatan sebegitu untuk menambah nilai servis mereka.

kafe dalam nurseri

Lagi mengujakan apabila kerusi dan meja diletakkan di bawah rimbunan dedaun yang menghijau, memang boleh dijadikan destinasi 'me time'.

Makan kopi, kek dan desert bawah pokok memang cara!

Berikut kami senaraikan lokasi menarik yang anda boleh singgah jika berdekatan:

kafe dalam nurseri

1. Florescence by World of Phalaenopsis

Alamat: Lot 1017, Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam Baru, Ulu Yam, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Set nasi lemak, pencuci mulut dan kopi

Facebook: Florescence by World of Phalaenopsis

Instagram: @worldofphalaenopsis

kafe dalam nurseri

2. Nurseri dan Kafe Laman Santai Tanjung Ipoh

Alamat: No 243, Kampung Tanjong Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Jantung pisang masak lemak cili padi udang, cendawan masak gulai, ikan kembung gulai pucuk ubi dan talapia berlada.

Facebook: Nurseri & Kafe Laman Santai Tanjung Ipoh

Baca juga Hello peminat ‘pink’, ini 5 kafe hipster boleh kalian serbu sekitar Selangor & KL

kafe dalam nurseri

3. Plant & Pot Studio

Alamat: 78, Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, Puchong, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang

Menu signatur: Rose Latte, Crumble Double, Cheesy Creamy Crepe dan Raspberry Crunchy Croissant

Facebook: Plant & Pot Studio (PUCHONG)

Instagram: @sippingcorner

Baca juga Sesi ‘me time’ tanpa gangguan, 5 kafe istimewa ini memang sesuai jadi port wanita tenangkan fikiran

kafe dalam nurseri

4. Mijies Cafe & Nurseri

Alamat: Pejabat Risda Daerah Kuala Muda, Jalan Sekerat, Sungai Petani, Kedah

Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 10 malam

Menu signatur: Chicken chop carbonara, tiramisu dan laici selasih

Facebook: Mijies Cafe & Nursery, Rissmart Risda Sungai Petani

Baca juga Kafe viral dalam kebun, 5 lokasi sajikan menu signatur unik segar dari ladang

Melihat foto yang dikongsikan memang cantik dengan gaya tersendiri.

Memang syoklah kalau dapat rehatkan minda di tempat yang hijau-hijau ni.

kafe dalam nurseri

Mungkin kalian yang pernah datang ke kafe yang disenaraikan di atas boleh kongsikan pengalaman.

Jika terdapat pilihan kafe lain yang lagi unik dan menyelerakan, kongsikanlah di ruang komen kami ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca