Karavan, camper van jadi semakin mendapat tempat di Malaysia. Jom tinjau 5 'rumah bergerak' tercanggih

A
A
A

SEJAK kebelakangan ini, kenderaan rekreasi (RV) semakin mendapat tempat di negara ini.

Beberapa orang kenamaan dan selebriti di Malaysia antara individu yang dilihat cenderung menggunakan karavan, motorhome atau van perkhemahan (camper van) untuk beriadah.

Di beberapa negara seperti di Amerika Syarikat, Eropah termasuk di Australia dan New Zealand, penggunaan RV sangat popular dan semakin berkembang sehingga mendorong jenama kenderaan global mempertingkatkan teknologi kenderaan mereka dari semasa ke semasa.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia dikatakan telah membuatkan ramai penduduk dunia terutama di Barat memilih untuk memiliki RV.

Pengembaraan eksklusif bersama ahli keluarga dari satu destinasi ke destinasi tanpa gangguan merupakan antara alasan popular mengapa permintaan terhadap kenderaan itu semakin tinggi.

Daripada pelbagai jenama automatif, SinarPlus senaraikan lima karavan terbaik yang disenaraikan pada tahun ini oleh newatlas.com. Harganya juga bukan calang-calang!

karavan, motorhome atau van perkhemahan (camper van)

SAIC Maxus Life Home V90 Villa Edition

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: China
  • Syarikat: SAIC Maxus
  • Harga: RM1.72 juta

Reka bentuk jentera canggih keluaran negara China itu tidak jauh bezanya dengan keluaran RV dari Jepun dan Korea Selatan. Namun, saiznya lebih besar dan bertingkat membuatkan jentera tersebut nampak istimewa.

Bukan sahaja lengkap dengan peralatan memasak, singki dan peti ais, sistem pintar kawalan Maxus' X-Connect RV membuatkan jentera berkeluasan 20 meter persegi itu lebih keterhadapan berbanding RV sedia ada.

Baca juga Sistem pembersihan udara canggih, jenama terkemuka kreatif basmi virus hingga 99 peratus

Dengan hanya menggunakan skrin sesentuh, segala jenis peranti mudah alih dihubung dan dikuasakan dengan mudah. Kenderaan itu dianggap  melengkapkan ciri sebuah 'rumah pintar atas jalan' yang paling hebat.

karavan, motorhome atau van perkhemahan (camper van)

Airstream Interstate 24X

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: Jerman
  • Syarikat: Mercedes-Benz
  • Harga bermula: RM889,402

Bagaikan memahami jiwa si pengembara, jenama popular keluaran Jerman itu menawarkan Airstream Interstate 24X yang dilengkapi Sistem Penyimpanan L-Track Aluminium Aircraft yang menjimatkan ruang untuk meletak basikal, kayak mahupun perkakas perkhemahan bersaiz besar.

Gaya ekstrem jentera dengan lapisan coating tahan lasak pada bahagian hadapan dan belakang membuatkan karavan berkenaan mampu beraksi cemerlang di dalam hutan. Paling menarik, ciri sistem lampu yang canggih akan melancarkan perjalanan pada waktu malam.

karavan, motorhome atau van perkhemahan (camper van)

LEVC e-Camper

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: United Kingdom
  • Syarikat: London Electric Vehicle Company (LEVC)
  • Harga bermula: RM357,421

Desain model kenderaan elektrik itu dikatakan yang pertama di dunia dan mempunyai simbol teksi ikonik London.

LEVC dilengkapi ciri baharu serba moden seperti bumbung jenis pop up yang menjadikan ruang dalaman lebih luas.

Jika dilihat dari luaran, siapa sangka jentera hibrid tersebut mempunyai kelengkapan katil boleh lipat, tempat duduk yang boleh dipusingkan sebanyak 180 darjah dan mampu bergerak sejauh 98 kilometer dalam mod elektrik.

karavan, motorhome atau van perkhemahan (camper van)

Citroen Jumper

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: Republik Czech
  • Syarikat: WoodVans
  • Harga bermula: RM297,680

Citroen Jumper dikatakan antara model karavan yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi keluaran Republik Czech.

Dengan tagline Hidup Di Mana Sahaja, jentera empat roda dengan kelengkapan penuh sebuah rumah itu dijamin memberi keselesaan kepada pemiliknya.

Baca juga Kenali 5 trak ekstrem paling canggih di dunia, nombor 3 memang power

Paling mencuri tumpuan adalah pencahayaan LED RGB ekonomik yang menampilkan gaya moden. Di samping itu, rekaan dalaman membolehkan tangki berkapasiti 100 liter air disimpan. Menarik bukan?

Jangan lupa follow kami di Instagram!

karavan, motorhome atau van perkhemahan (camper van) The Burstner Lyseo Gallery

  • Tahun: 2022
  • Keluaran: Jerman
  • Syarikat: Bürstner GmbH & Co KG
  • Harga: Belum diumumkan

Antara jentera yang bakal menggegarkan industri van perkhemahan dunia dan dikatakan mampu menyaingi SAIC Maxus, keluaran negara China.

Meskipun The Burstner Lyseo Gallery diumumkan akan dipasarkan menjelang tahun 2022, namun prototaip lengkap sudah viral di media sosial.

Cetusan desain yang diilhamkan daripada konsep The Burstner Harmony 3 (2018) itu dilihat mengetengahkan reka bentuk lebih moden yang mencakupi ruang dapur berciri mewah, laci elektrik dan ruangan tidur berskala besar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca