Lebih bergaya dan berani. Civic Serba Baharu Generasi ke-11 curi tumpuan ramai
LEBIH bergaya dan berani. Itulah antara respons positif diberikan rata-rata peminat Honda terhadap keluaran terbaharu, Civic Serba Baharu yang dilancarkan baru-baru ini.
Menariknya, jentera generasi ke-11 tersebut dilengkapi teknologi tinggi dengan reka bentuk alaf baharu, selain mempamerkan prestasi terbaik dalam kelas tersendiri.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, pasukan penyelidikan dan pembangunan Honda bertungkus-lumus mempertaruhkan idea luar biasa untuk mereka bentuk luaran dan dalaman.
"Proses pembangunan Civic Generasi ke-11 ini menterjemahkan elemen klasik dan pada masa sama, menitikberatkan identiti alaf baharu bagi sebuah jentera sedan.
"Meskipun dilengkapi dengan ciri dan teknologi terkini, ia masih mengekalkan DNA model Civic dari segi reka bentuk, pengendalian dan lonjakan kuasa jentera," katanya sempena pelancaran di MITEC Kuala Lumpur baru-baru ini.
Apa yang mengagumkan, pengenalan Civic Serba Baharu itu turut diperkenalkan dalam varisan RS buat pertama kalinya dengan rangkaian kuasa 1.5L VTEC Turbocharged yang dipertingkatkan.
Lebih menyakinkan pembeli, ciri keselamatan Honda Sensing yang turut dipertingkatkan membuatkan jentera baharu tersebut lebih keterhadapan dalam barisan sedan di pasaran tempatan.
Paling best, Honda Sensing dengan ciri baharu iaitu Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas pertama kali diperkenalkan untuk model kereta Honda Malaysia.
Baca juga Honda hadir dengan teknologi Honda Connect, ini lima fakta yang perlu kita ketahui
Untuk pasaran tempatan, Civic Generasi ke-11 ditawarkan dalam tiga varian iaitu E, V dan RS.
Berikut spesifikasi lain Civic Serba Baharu:
i) Enjin 1.5L i-VTEC Turbocharged yang dipertingkatkan menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dengan tenaga maksimum 182PS dan tork 240Nm terbaik di dalam segmennya.
ii) Civic Serba Baharu ini juga mempunyai mod pemanduan baharu iaitu ECON, Normal dan Sport Mode yang mudah dipilih menggunakan suis Drive Mode.
iii) Sport Mode memberikan sensasi tork yang berkuasa dan pecutan yang responsif, sesuai dengan DNA pemanduan prestasi Civic.
iv) Ciri penggunaan panel Honeycomb Mesh berjaya membawa 'rasa' premium pada papan pemuka.
v) Fungsi Kawalan Pemanduan Adaptif yang ditambah baik dengan Sistem Mengikut Kenderaan yang boleh memperlahankan kenderaan sekiranya mengesan lampu brek.
vi) Sistem Bantuan Kekal Lorong dipertingkatkan memberikan operasi stereng lebih lancar dan realistik.
Harga yang ditawarkan untuk varian E bermula RM125,634.64 manakala untuk varian V pula bermula RM138,043.36.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sementara itu, untuk model RS yang dinanti-nanti ramai, harga ditawarkan bermula RM144,350.09 dengan pilihan rona Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic.
Tiga lagi seleksi warna seperti Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Crystal Black Pearl.
Untuk maklumat lanjut atau sesi pandu uji Civic Serba Baharu, boleh terus mengunjungi pusat jualan sah Honda di seluruh negara atau layari www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang