Legakan batuk guna 2 bahan mudah, petua dikongsi Dr Rizal
BATUK merupakan gejala yang biasa dialami oleh semua orang tak kira bangsa, usia mahupun jantina.
Sebenarnya, batuk terjadi apabila paru-paru atau saluran pernafasan ingin mengeluarkan bahan asing atau sesuatu yang mengganggu.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Batuk yang merbahaya adalah apabila ia berterusan serta berlarutan dan tidak sembuh walaupun setelah hampir lebih daripada satu ke dua minggu.
Selalunya batuk yang biasa boleh sembuh tanpa rawatan dan hanya cuma memerlukan rehat dan nutrisi makanan serta minuman yang cukup.
Ramai antara kita akan pilih minum ubat batuk yang didapati dari klinik mahupun farmasi apabila mengalami gejala tersebut. Namun kadang-kadang ia tidak berkesan bukan?
Menurut pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, ada cara yang lebih selamat tanpa memudaratkan kesihatan seseorang untuk jangka masa panjang.
Menerusi posting di Facebook, Dr Rizal berkongsi cara rawat batuk menggunakan dua bahan alami.
"Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok."Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk. Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.
"Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak 'jahanamkan' otak.
Baca juga 5 jenis teh yang boleh bantu redakan batuk dan sakit tekak. Kandungan antioksidannya memang 'superb'
"Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa," coretnya.
Menurut Dr Rizal, ini petua yang digunakan sehingga kini sekiranya mengalami batuk.
Ujarnya, rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.
"Orang putih panggil 'cough syrup.' Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. 'Homemade remedy' untuk batuk," ujarnya.
Caranya;
1. Potong satu biji bawang Bombay/Holland kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan lapisan bawang tadi.
3. Campurkan satu atau dua sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
7. Ambil satu sudu dan minum.
Semoga bermanfaat, boleh cuba di rumah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang