Mengiurkan, udang galah masak lemak tumpuan sajian berbuka di Le Quadri Kuala Lumpur

A
A
A

JIKA anda teringin untuk menjamah hidangan udang galah premium sebagai juadah berbuka puasa, apa kata kunjungi Le Quadri Kuala Lumpur yang menyajikan sesuatu istimewa untuk bulan puasa kali ini.

Bufet Ramadan Buka Bersama Air Tangan Ibu yang dipersembahkan Cef Eksekutif, Cef Salim Bahari bersama pasukannya nampaknya bukan calang-calang.

Resipi keluarga turun-temurun yang dipertaruhkan Cef Salim berjaya menarik selera pengunjung dengan kulinari menyelerakan.

le quadri kuala lumpur

Antaranya udang galah masak lemak, ikan patin masak tempoyak, sup gearbox, ayam panggang percik kuah putih dan gulai kambing.

Jika mahu disebut kesemua menu, memang tak tertulis kerana hidangan berbeza disajikan kepada pengunjung setiap hari termasuk pencuci mulut, masakan Cina dan Barat.

Baca juga Sedapnya bubur pedas resipi tradisi Sarawak guna 35 ramuan  

le quadri kuala lumpur

Pengurus Besar Le Quadri Kuala Lumpur, Peter Padman berkata, pihaknya mahu merancakkan suasana Ramadan dengan menu air tangan bonda bagi mereka yang merindui kampung halaman.

“Jangan lepaskan menu wajib cuba, nasi kandar istimewa kami yang diganding dengan pilihan daging masak hitam, burung puyuh berempah selain sambal sotong, ikan pari masak asam pedas dan Daging Tok Kampung,” katanya.

Baca juga Tak cukup segelas, resipi air Laici Coconut Jelly memang menyegarkan!

le quadri kuala lumpur

Apa yang menarik perhatian penulis, ulam segar yang ditanam sendiri secara organik juga menjadi santapan pengunjung yang sukakan menu klasik kampung dengan variasi keropok dan pilihan sambal enak.

Selain sambal belacan, orang ramai boleh mencuba cencaluk, budu, tempoyak, cili sambal gesek, sambal nanas dan sambal mangga.

Baca juga Pemanis mulut, halwa maskat versi anak tempatan yang kurang manis, warna lebih keemasan

le quadri kuala lumpur

Seusai menikmati makanan berat, jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut yang disediakan seperti aneka kuih Melayu, puding roti, pengat, ais kacang campur, cendol, kek dan gerai buah-buahan tempatan.

Sudah pasti kunjungan anda bersama keluarga ke sana cukup berbaloi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

le quadri kuala lumpur

Bufet Ramadan Buka Bersama Air Tangan Ibu

  • Alamat: No 1, Jalan Mandarina Damai 1, Cheras, Kuala Lumpur
  • Waktu: 6.30 petang hingga 9.30 malam
  • Tarikh: 3 Mac hingga 30 April 2022
  • Menu signatur: Udang galah masak lemak, ikan patin masak tempoyak, sup gearbox, ayam panggang percik kuah putih dan gulai kambing.
  • Harga: RM158 (dewasa) dan RM85 (kanak-kanak bawah 12 tahun)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca