Mi Goreng Rendang Legenda Mamee Chef tampil rasa lebih autentik, peminat mi segera kena cuba

A
A
A

MAMEE Chef baru-baru ini memperkenalkan pek serba baharu, Mi Goreng Rendang Legenda dengan jaminan rasa asli dan autentik.

Dinspirasikan daripada lagu ikonik penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid berjudul Legenda, sajian ringkas tersebut dilengkapi dengan bawang goreng dan hirisan cili dalam setiap pek.

Ketua Pegawai Pemasaran Mamee Double-Decker Sdn Bhd, How Yuan Yi berkata, pihaknya teruja untuk memperkenalkan perisa unik tersebut memandangkan kebanyakan produk mi goreng segera yang ditawarkan di pasaran hari ini terhad kepada perisa berasaskan kicap atau perisa yang amat pedas.

“Justeru, dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan di Mamee dan digabungkan dengan pemahaman cita rasa rakyat Malaysia, kami tekad menghasilkan cita rasa baharu.

mi goreng mamee chef

“Dengan adunan rempah ratus dan kuah berkrim, rasa Rendang Legenda kami sangat sesuai sebagai 'mi goreng'. Sebagai jenama tempatan juga, kami berbangga untuk menyatukan orang ramai melalui pembangunan produk makanan yang menarik secara berterusan,” katanya.

Baca juga Sajian mi tarik halal yang sedap, 4 lokasi ini sering jadi tumpuan ramai

Sementara itu, Shiela memberitahu, rendang menjadi hidangan kegemaran keluarga apabila ibunya sering membuat juadah istimewa tersebut semasa musim perayaan.

mi goreng mamee chef

“Dengan Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, saya dan keluarga boleh menikmati rendang asli yang kaya dengan aroma, tanpa perlu menunggu musim perayaan atau majlis istimewa,” kata Ratu Jazz Malaysia itu.

Berikut tip mudah untuk menyediakan sajian tersebut:

1. Masukkan mi segera ke dalam 400 mililiter air yang mendidih.

2. Masak selama tiga minit.

3. Toskan air.

mi goreng mamee chef

4. Masukkan mi segera yang sudah dimasak ke dalam bekas.

5. Masukkan serbuk perencah, pes dan ramuan tambahan.

6. Gaul hingga sekata dan boleh dihidangkan.

mi goreng mamee chef

Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda dijual pada harga RM6.90 untuk empat pek dan boleh didapati di pasar raya seluruh negara, kedai rasmi Mamee di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram Mamee Noodles Malaysia.

mi goreng mamee chef

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca