Model baharu Nokia XR21 lebih lasak, bateri bertahan 48 jam, lengkap dengan ciri keselamatan perbankan tahap tinggi
NOKIA, jenama telefon yang masih utuh sehingga hari ini memperkenalkan model baharu, Nokia XR21 baru-baru ini.
Peranti itu dikatakan dibina dengan teknologi terkini dan lebih tahan lasak.
Selain diperbuat daripada 100 peratus aluminium kitar semua, Nokia XR21 dilengkapi piawaian kalis air MIL-STD-810H dan IP69K.
Ciri keselamatan, Face Unlock juga dikemas kini dengan jaminan hingga empat tahun untuk sekuriti perbankan atau imbasan data daripada pihak ketiga.
Baca lagi: Nokia 3.4 unggul dengan tiga rangkaian kamera
Baca lagi: Nokia 2.4 lebih stail, hayat bateri bertahan dua hari tu…
Berikut fungsi tambahan yang diketengahkan:
- Paparan skrin 6.49 inci dengan ketahanan Corning Gorilla Glass Victus.
- Dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 695 5G dan sistem operasi Android 12.
- Kamera utama 64MP plus 8MP ultra lebar dengan ciri kecerdasan buatan untuk mod malam, Flash Shot, AI Portait, SpeedWarp dan lampu kecemasan SOS.
- Kapasiti bateri 4800mAh dan mampu bertahan lebih 48 jam.
- Ciri pengecasan pantas 33W dengan sokongan QC3.0 dan PD2.0.
- Mampu mengekalkan kapasiti bateri asal hingga 80 peratus meskipun selepas 800 kitaran pengecasan.
Harga ditawarkan bermula RM2,700 dan untuk maklumat lanjut, layari https://www.nokia.com/phones/en_int.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang