Mudah sertu guna produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria
KAEDAH menyucikan diri daripada najis mughallazah menjadi mudah dengan menggunakan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria menggantikan tanah.
Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini dirumuskan dengan 100% tanah liat asli berkualiti tinggi dan pengguna boleh menggunakannya tanpa waswas.
Proses dan kaedah sertu juga telah disemak dan disahkan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) malah produk ini telah mendapat pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ia menjadi solusi kepada mereka yang terdedah kepada najis mughallazah seperti doktor haiwan, penghantar makanan dalam kalangan muslim dan anggota keselamatan.
Reka bentuknya yang kecil memudahkannya untuk dibawa ke manamana, dan boleh digunakan terus ketika waktu kecemasan.
Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun
Rata-rata pengguna menyambut baik penghasilan produk sertu ini yang memudahkan orang Islam menyucikan diri selepas terkena najis mughallazah.
Jurujual, Sumira Mohd Fauzi, 29, berkata, skrub itu penyelesaian moden untuk sertu yang mesra pengguna dan mudah dibawa ke mana-mana.
"Kalau tinggal di kampung mungkin tiada masalah untuk mencari tanah tapi di bandar kebanyakannya tinggal di rumah bertingkat, agak sukar untuk mencari tanah untuk tujuan sertu.
"Saya sarankan setiap orang memiliki produk ini dan simpan di dalam kereta. Selepas ini kalau ternampak anjing tersepit atau kelaparan, kita tidak teragak-agak lagi untuk membantu kerana mudah melakukan sertu dengan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria.
"Mereka yang bekerja sebagai anggota keselamatan juga perlu ada skrub ini kerana sering terlibat dengan operasi menyelamat yang terdedah kepada najis mughallazah," katanya.
Sumira ditemui pada program memperkenalkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria di Surau Al Muhajirin, Kajang Utama di sini, pada Jumaat.
Seorang pensyarah, Dr Rostam Salleh, 55, berkata, skrub tersebut adalah satu keperluan terutama kepada mereka yang berkebun sepertinya.
"Dengan melakukan sertu akan buat saya lebih yakin untuk solat kerana mungkin tanpa sedar tersentuh najis mughallazah kerana di kebun biasanya ada anjing.
"Cara lama sertu menggunakan tanah dan air tapi dengan produk terbaharu Safi ini menjadi lebih mudah. Tak perlu lagi cari tanah, skrub ini mudah dibawa ke manamana dan boleh digunakan tanpa ada keraguan kerana disahkan oleh agensi berkaitan," katanya.
Seorang lagi pengguna yang mahu dikenali sebagai Imran, 46, memberitahu ini kali pertama dia menemukan produk sertu yang memudahkan pengguna.
"Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria adalah produk yang bagus dan setiap isi rumah perlu ada produk ini kerana kita boleh gunakannya apabila perlu.
"Selepas ini tak perlu cari tanah untuk sertu, guna Safi Sertu sebagai gantian boleh untuk cuci rumah atau bersihkan diri," katanya.
INFO
Cara menggunakan SAFI Sertu
1. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada ain najis tersebut.
2. Basuhan pertama adalah dengan campuran Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan disebatikan.
3. Selepas itu, ikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang