Myrus Resort Langkawi buatkan si cilik teruja, kamar iglu, gelongsor gergasi bikin mereka seronok

A
A
A

SEBAGAI ibu bapa, kita seboleh-bolehnya akan mencari destinasi percutian yang terbaik untuk menggembirakan hati anak-anak.

SinarPlus percaya, MyRus Resort Langkawi yang terletak di Jalan Pantai Tengah, Pulau Langkawi, Kedah mampu mencapai matlamat tersebut.

Lokasi berlibur yang sememangnya mesra dengan kanak-kanak itu diusahakan oleh pasangan suami isteri, Rashid Abdullah, 50, dan Pavlenko Alla, 43.

myrus langkawi

Alla ketika dihubungi berkata, MyRus Resort Langkawi dibangunkan dengan konsep yang sesuai dengan jiwa si kecil, malah reka bentuk seperti iglu comel mampu membuatkan mereka semakin teruja.

Berkongsi cerita mengenai resort yang dibuka sejak tahun 2020 itu, Alla berkata, beliau bersama suami tersayang bercita-cita untuk membangunkan resort mampu milik yang boleh dikunjungi oleh semua orang khususnya pengunjung cilik.

myrus langkawi

"Mungkin disebabkan saya ibu kepada empat cahaya mata, jadi naluri saya lebih ke arah itu. Saya cuba sesuatu kelainan termasuk seleksi bilik yang memang belum wujud lagi di Malaysia.

Baca juga 5 lokasi glamping bajet murah, pakej lengkap dengan aktiviti outdoor menyeronokkan

"Terdapat 11 kamar dengan pelbagai tema yang ditonjolkan seperti hidupan laut seperti sotong, ikan lumba-lumba dan penyu selain buah-buahan yang membawakan identiti Malaysia kepada pelancong asing," katanya yang turut menawarkan iglu bertemakan kartun, bola dan banyak lagi.

myrus langkawi

Selain itu, ujar Alla, bilik vila kaca yang lebih privasi turut disediakan kepada pengunjung yang inginkan percutian eksklusif dengan ruang tempat letak kereta dan barbeku peribadi.

“Asalnya vila kaca dua tingkat ini hanya dibuka untuk pakej bulan madu, namun disebabkan permintaan luar biasa, kami menawarkannya kepada keluarga yang mahukan suasana yang eksklusif.

Baca juga 5 pilihan calet buluh daun nipah yang unik lagi selesa, sesuai untuk pencinta alam dan mereka berjiwa lasak

“Memang puas hati menginap di vila ini kerana pemandangan pantai yang indah dan ruang lebih selesa," ungkapnya.

myrus langkawi

Memahami permintaan pelanggan yang kempunan tidak dapat menginap terutamanya musim cuti sekolah dan perayaan, Alla memberitahu, pihaknya telah menambah enam bilik tambahan khas terutama kepada tetamu yang mahu melakukan aktiviti seperti kem bina semangat atau hari keluarga.

“Menariknya, bilik yang bersambung ini boleh dihuni seramai 12 orang pada satu-satu masa dengan fasiliti yang lengkap,” katanya.

Baca juga Percutian atas kapal mewah Resort World Cruises, ini 8 perkara menarik yang boleh dilakukan

myrus langkawi

Tidak sempurna rasanya percutian si kecil di MyRus Resort Langkawi tanpa aktiviti mandi-manda. Ya, taman tema yang selamat turut disediakan termasuk gelongsor kanak-kanak dan dewasa.

Jika pengunjung yang mahu bersantai atau bermain air di pantai, tetapi enggan berjalan kaki, kereta buggy disediakan.

myrus langkawi

"Sebagai tambah nilai, pengunjung juga boleh bermain snuker atau pergi ke gimnasium, sementara kanak-kanak dipelawa bermain di bilik permainan khas.

"Selain itu, pelanggan kami juga boleh merancang untuk membuat kejutan ulang tahun kelahiran. Kami akan hadir bersama maskot dan kek istimewa berdasarkan permintaan pelanggan," katanya.

Baca juga Lihat tahi bintang, bima sakti dengan jelas di Wind Paradise Mongolian Yurt Kundasang

myrus langkawi

MyRus Resort Langkawi

Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pulau Langkawi, Kedah

Waktu operasi: 24 jam dan daftar masuk jam 2 petang

Harga: Bermula RM300

Facebook: MyRUS Resort Langkawi

Instagram: @myrusresort

myrus langkawi

Selain seleksi kamar bertemakan lukisan kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak, taman tema air atau kolam renang juga menjadi kesukaan mereka.

Justeru, apa yang diusahakan oleh pihak MyRus Resort Langkawi di Kedah memang cukup menambat hati si cilik.

Baca juga Bawa anak-anak lihat dinosaur secara dekat di Dinosaur Encounter. Pasti si kecil suka

Pun demikian, hasil carian SinarPlus mendapati, terdapat empat lagi destinasi yang mesra dengan kanak-kanak dengan konsep tertentu. Berikut merupakan empat destinasi terbaik:

syurga si cilik

Amverton Heritage Resort

Alamat: Jalan Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka,

Waktu operasi: 24 jam

Harga: Bermula RM168

Facebook:

Amverton Heritage Resort

Instagram: @amvertonheritageresort

syurga si cilik

Hotel de Art

Alamat: Shah Alam (Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 19 dan i-City) dan Subang Jaya (USJ21)

Waktu operasi: 24 jam

Harga: Bermula RM135

Facebook: Hotel De ART,

Msia's Coolest Hotel

Laman web: https://hoteldeart.com.my/

syurga si cilik

Fantasy Hotel

Alamat: G8, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Melaka Raya, Melaka

Waktu operasi: 24 jam

Harga: Bermula RM77

Facebook: Fantasy Hotel

syurga si cilik

Legoland Malaysia Resort

Alamat: No 7, Jalan Legoland, Bandar Medini Iskandar Malaysia, Johor Bahru

Waktu operasi: 24 jam

Harga: Bermula RM599 (promosi)

Facebook: LEGOLAND Malaysia

Laman web: www.legoland.com.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca