Nokia 3.4 unggul dengan tiga rangkaian kamera
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
HMD Global, pengeluar telefon bimbit Nokia terus memberi pengalaman Android yang terbaik dengan melancarkan Nokia 3.4.
Fitur terkini itu hadir dengan cip pemproses berprestasi tinggi. Dengan Qualcomm Snapdragon 460 Mobile Platform, hayat bateri boleh bertahan selama dua hari.
Pengurus Negara untuk Malaysia dan Myanmar, HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, Nokia 3.4 dilengkapi dengan kamera hadapan paparan punch hole dan tiga rangkaian kamera belakang yang canggih dengan lensa bersudut ultra lebar dan pengimejan AI.
Ini bermakna, pengguna boleh merakam imej yang lebih luas menggunakan kamera bersudut ultra lebar 5MP itu.
"Ia juga disertakan dengan Sistem Operasi Android 10, pembekalan pengemaskinian sekuriti bulanan selama tiga tahun dan pengemaskinian Sistem Operasi selama dua tahun," katanya yang menjamin data peribadi pengguna akan sentiasa dilindungi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Produk dan Naib Presiden Amerika Utara, HMD Global, Juho Sarvikas berkata, Nokia memperkenalkan tiga palet warna yang menawan (unsur rekaan Finland) iaitu Fjord, Dusk dan Cahrcoal.
Artikel berkaitan: Nokia 2.4 lebih stail, hayat bateri bertahan dua hari tu…
Gajet berkenaan ditawarkan pada harga RM599 dan boleh didapati di semua platform e-dagang Nokia iaitu Macpie, Shopee dan Lazada.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang