Omega-3 baik untuk otak, jantung. Ini manfaat minyak ikan

A
A
A

MINYAK ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan.

Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri.

Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu.

Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit.

Walau bagaimanapun, jika tidak dapat mengambil hidangan satu hingga dua hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan suplemen tambahan berasaskan minyak ikan akan dapat membantu untuk mendapatkan omega-3 yang mencukupi.

Kebiasaannya, 30% minyak ikan terdiri daripada asid lemak omega-3, manakala bakinya terdiri daripada lemak lain.

Sesetengah daripadanya juga biasa mengandungi beberapa jenis vitamin seperti vitamin A dan vitamin D.

Umumnya, jenis omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan menawarkan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding omega-3 yang boleh ditemui dalam beberapa sumber tumbuhan.

Sumber omega-3 utama dalam minyak ikan adalah asid eikosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA), manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA).

Walaupun ALA merupakan asid lemak penting, EPA dan DHA mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan.

suplimen

Ikan, suplemen atau tumbuhan?

Memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dalam diet dipercayai memberikan lebih banyak manfaat kesihatan keseluruhan secara am dan kesihatan jantung secara khususnya berbanding pengambilan suplemen.

Pilihan makanan lain selain ikan yang turut mengandungi beberapa asid lemak omega-3 adalah termasuk flaxseed, walnut, minyak kanola, kacang soya dan minyak soya.

Walau bagaimanapun, sama dengan suplemen, bukti manfaat kesihatan dan jantung yang lebih sihat daripada memakan makanan ini tidaklah sekuat daripada memakan ikan.

Bagi seorang individu dewasa, sekurang-kurangnya dua hidangan ikan yang kaya dengan omega-3 seminggu disyorkan.

Saiz hidangan ialah 3.5 auns (99 gram). Bagi individu wanita yang hamil atau merancang untuk hamil serta kanak-kanak harus mengehadkan jumlah ikan yang dimakan kerana mereka paling mudah terdedah kepada kesan potensi toksin dalam ikan.

Kepelbagaian manfaat kesihatan;

1. Jantung dan darah

Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan.

Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.

Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol.

Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung.

2. Buah pinggang

Minyak ikan juga digunakan untuk pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang termasuk penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis (cirrhosis), penyakit Berger (IgA nephropathy), pemindahan jantung, atau penggunaan ubat yang disebut siklosporin.

3. Otak

Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.

Adakah minyak ikan bagus untuk penyakit jantung?

Jika bimbang tentang penyakit jantung, makan satu hingga dua hidangan ikan seminggu boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.

Selama bertahun-tahun, Persatuan Jantung Amerika telah mencadangkan agar setiap individu memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.

Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3, kelihatan mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya kematian jantung yang tiba-tiba.

Sumber: Hello Health Group

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca