Puding Santan Gula Perang pencuci mulut, penyejuk tekak kala berbuka

A
A
A

PUDING atau agar-agar adalah sejenis pencuci mulut yang sangat sesuai dinikmati semasa berbuka puasa.

Cara penyediaan yang mudah juga merupakan antara punca ia sangat popular.

Adakah anda tercari-cari menu pencuci mulut semasa berbuka puasa nanti? Jangan risau, Sinarplus akan berkongsi resipi Puding Santan Gula Perang milik pengguna Facebook Nawar Azhar yang enak dan mudah disediakan.

Baca juga: Puding Karamel Gebu, Enak Dimakan Sejuk Lepas Berbuka

BAHAN-BAHAN

10 gram agar-agar tali (rendam sejam dan toskan)

1100 ml air

130 gram gula perang

4-5 biji gula batu yang kecil

1 kotak kecil santan (200 ml)

1 biji telur gred A atau B

Secubit garam

2 helai daun pandan disimpul

CARA MEMBUATNYA

1.Satukan santan kotak, telur dan garam dalam bekas berasingan. Pukul sebati

2.Didihkan agar-agar bersama air sehingga agar ia bertukar jernih.

3.Kemudian masukkan gula perang, gula batu dan daun pandan. Masak ia sehingga gula merah larut.

4.Kecilkan api kemudian tuang larutan santan dan telur pula. Pastikan ia tidak dikacau.

5.Besarkan api semula dan pastikan adunan mendidih selama tiga hingga lima minit

6.Sekali sekala kacau adunan puding tersebut supaya ia tidak melimpah keluar dari periuk.

7.Tutup api dan sendukkan adunan ke dalam acuan yang telah di basahkan dengan sedikit air.

8.Apabila wap panas hilang, masukkan puding ini dalam peti ais dan biarkan mengeras.

Lazatnya Puding Santan Gula Perang ini jika dimakan sejuk-sejuk, lembut dan berlemak. Selamat mencuba semua!

Baca juga: Bosan dengan juadah nasi putih? Boleh cuba resipi mudah Nasi Hujan Panas

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca