Resipi oat untuk orang diet, sedap dimakan waktu pagi

OAT dikatakan boleh membantu untuk rasa kenyang lebih lama. Selain itu ia turut diperkayakan dengan serat yang baik untuk penghadaman dan boleh membantu untuk kurangkan kadar kolestrol dalam tubuh.
Bagi yang tengah menjalani misi untuk menurunkan berat badan, anda perlu mencuba resipi oat smoothies ini. Sesuai dimakan waktu pagi. Malah, ia hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.
Bahan-bahan:
- 300 ml susu segar rendah lemak
- 4-6 sudu besar oat
- 2 sudu nestum
Cara-caranya:
1)Masukkan ketiga-tiga bahan dalam mesin pengisar dan kisarkan. (Jika tiada mesin pengisar di rumah anda boleh campurkan ketiga-tiga bahan dan kacau, rendam selama 15 minit)
2)Kemudian tunggu dalam lima minit. Bagi ia kembang sedikit.
3)Siap! Boleh minum dengan nikmatnya.
Simple saja cara nak membuatnya, semua orang boleh buat. Selain itu, anda juga boleh tambah topping seperti yogurt, buah, kekacang dan sebagainya.
Oat ini bukan sahaja boleh dimakan waktu pagi malah waktu malam juga boleh kerana ia adalah makanan rendah kalori.
Boleh buat lebih dan simpan dalam bekas banyak-banyak, kalau lapar ambil sahaja dalam peti ais.
Semoga memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang!
PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
