Daripada peminat jadi tunang! Wani Syaz kini bergelar tunangan usahawan, bakal naik pelamin 2027

No Image Caption
A
A
A

LAMA tidak mendengar kisah Wani, penyanyi yang popular dengan lagu Alhamdulillah,

Pemilik nama penuh, Nur Syazwani Selamat, baru-baru ini menuai perhatian ramai apabila dikhabarkan sudah bertunang.

Berita tersebut dimuat naik menerusi satu media sosial yang turut dikongsikan sekeping gambar Wani dipelaminan.

Pihak SinarPlus berkesempatan menemu bual gadis manis yang turut mesra disapa wani Syaz itu.

No Image Caption

Penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor, itu ketika diminta berkongsi perjalanan majlis pertunangan mendedahkan, mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk mengadakan segala persiapan

Pasangan tersebut dikatakan sudah mula mengenali sejak dari 2023 lagi.

"Wani buat majlis tunang mmg khas untuk family terdekat saja sebab plan Insyaaallah majlis besar baru war war kan," kongsi Wani yang pernah menyertai program realiti, Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama.

Dedah pelantun lagu Pendusta Cinta itu lagi, tunangannya itu asalnya peminat dirinya, tetapi hubungan tersebut semakin berkembang dan mereka cukup serasi pulak sebab sama-sama berniaga.

"Dia merupakan usahawan nasi ayam Hainan Cina Muslim. Untuk majlis tunang baru-baru ini, kami buat di Batu Pahat.

"Setakat ini belum ada tarikh tetap lagi tapi Insya-ALLAH kemungkinan tahun 2027 akan berlangsung majlis nikah.

No Image Caption

Berkongsi perkembangan karier sebagai anak seni, Wani mengakui masih aktif lagi dalam dunia seni.

"Insya-ALLAH ada rezeki nanti wani akan keluarkan single.

"Setakat ini saya memang sepenuh masa menguruskan bisnes restoran," ujarnya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang