Sajian puding kurma yang 'menggoda' selera kita. Senang sangat, guna 6 bahan saja

A
A
A

PADA bulan Ramadan, buah kurma antara yang paling dicari oleh semua orang bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Masakan tidak, ia merupakan sunah Rasulullah SAW ketika berbuka, selain terkandung pelbagai nutrien penting untuk tubuh badan.

Sebenarnya, sifat kurma memang 'universal'. Ia bukan sekadar boleh dimakan begitu sahaja, tetapi boleh dipelbagaikan menjadi menu lain.

Di Malaysia misalnya, susu kurma antara yang paling popular.

Namun, di Indonesia, mereka membuat puding kurma dan ia menjadi salah satu menu viral di sana.

Seperti biasa, selain dijadikan sebagai makanan pencuci mulut tatkala berbuka, ia turut dinikmati ketika moreh.

Jadi, hari ini SinarPlus ingin kongsikan penyediaan puding kurma yang mudah dibuat dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja.

Berikut perician kepada resipi itu:

Bahan-bahan

- 500 mililiter susu cair

- 15 biji kurma kecil

- 2 biji telur

- 2 sudu tepung jagung

- 2 sudu besar marjerin

- 1 sudu gula pasir

Cara penyediaan:

1. Panaskan marjerin terlebih dahulu, kemudian ketepikan.

2. Selepas itu, asingkan kurma dari biji lalu dipotong kasar.

3. Masukkan semua kurma ke dalam pengisar. Kemudian, tuangkan susu, telur, marjerin dan gula ke dalamnya.

4. Hidupkan pengisar, kemudian kisar semua bahan itu.

5. Seusai itu, tuangkan adunan ke dalam bekas antipanas.

6. Sediakan loyang kukus yang telah diberi air, kemudian panaskan.

7. Kemudian, letakkan bekas adunan tahan panas di dalamnya. Kukus lebih kurang 15 minit. Periksa kesediaan dengan garpu, jika tidak berair itu bermakna adunan sudah cukup masak.

8. Akhir sekali, keluarkan adunan dari periuk pengukus lalu dibiarkan seketika.

9. Setelah wap panas hilang, masukkan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam.

10. Puding kurma siap untuk dihidangkan ketika berbuka puasa nanti.

Nah, itulah cara membuat puding kurma yang sangat ringkas.

Jom pelbagai menu puding kita pada Ramadan atau Aidilfitri kali ini.

Selamat mencuba!

Sumber: www.idntimes.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca