Serum penggalak Hada Labo H A Supreme bantu redakan kerengsaan kulit. Hasil tindak balas pun cepat!

A
A
A

TIDAK seperti serum biasa, Hada Labo H A Supreme Booster Serum akan membantu wanita memperoleh hasil tindak balas yang cepat.

Memiliki struktur yang lebih ringan, produk berkenaan bertindak sebagai senjata rahsia untuk merawat pelbagai masalah kulit. Antaranya seperti kekeringan, kusam, garis halus dan jeragat.

“Melalui kajian yang dijalankan Hada Labo, serum penggalak ini mampu mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam sebanyak 48 peratus, meredakan kerengsaan kulit hanya dalam lima minit dan memberikan penghidratan dalam 24 jam pada kulit,“ kata Hada Labo dalam satu kenyataan.

Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum ditawarkan dalam tiga varian iaitu:

i) H A Supreme Vita Brightening Booster Serum

Diperkaya dengan empat jenis asid hyaluronik yang memberikan kelembapan pada kulit. Teksturnya yang ringan dan cepat menyerap jauh ke dalam kulit.

ii) H A Supreme Cera Hydrating Booster Serum

Ia bertindak untuk mengekalkan kulit terhidrat

dengan baik dan liang pori akan kelihatan lebih kecil.

iii) H A Supreme Cica Soothing Booster Serum

Serum penggalak ini membantu melega dan menenangkan kulit yang mudah berjerawat dan rengsa dalam hanya lima minit, sambil memberikan kelembapan yang secukupnya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca