Siap masak lauk pantang sebelum bersalin, mudahkan suami. Menu wanita ini dikongsi hampir 10,000

A
A
A

MAKANAN berpantang selalunya menjadi sajian wanita dalam fasa selepas bersalin. Lazimnya, berkhasiat, tidak berminyak dan tidak berlemak. Memang sihat!

Bagi sesetengah kaum, ada pantang larang pemakanan tertentu perlu dipatuhi selepas bersalin. Malah, ada yang terlalu ketat hingga menyekat pengambilan air! Ingat itu adalah mitos mengarut dan jarang diamalkan.

Tenggiri masak singgang kuning. Kunyit, bawang putih, halia sengaja diletak dalam kuantiti yang banyak untuk dimakan bersama ikan.

Seiring peredaran zaman majoriti wanita kini amat mementingkan pemakanan berkhasiat selepas bersalin. Inisiatif itu bertujuan untuk memulihkan luka dalaman dan membantu penghasilan susu ibu berkualiti.

Sup lobak putih & merah

Perkongsian wanita dikenali Khalidah Alhusna menyediakan makanan berpantang lebih awal sebagai persediaan tempoh berpantang memberi inspirasi.

Beliau yang dijadualkan bersalin anak ketiga pada 12 Jun depan pada mulanya bercadang menempah makanan pantang.

Bagaimanapun, tidak dapat berbuat demikian lantaran penjual makanan tersebut tidak menerima pesanan dalam masa singkat. Ekoran itu, beliau bertindak memasak lapan menu berbeza sebelum dibekukan.

Baca juga Tidak boleh makan laksa, kuetiau, bihun semasa berpantang, ini penjelasan pakar yang perlu ibu-ibu tahu

Daging masak lada hitam dan daging goreng kunyit hidup antara menu untuk minggu ke-3 atau ke-4 selepas bersalin.

Menariknya, setiap sajian diasingkan kepada beberapa hidangan dalam kuantiti kecil. Kata Khalidah, ia cukup untuk dinikmati selama 34 hari sepanjang tempoh berpantang.

“Makanan pantang frozen style untuk memudahkan kerja suami yang akan bantu uruskan kerja rumah dan anak-anak bila mummy berpantang.

“Kisahnya terjadi, sebab tiba-tiba orang yang kita nak order makanan pantang tak jadi ambil order last minute. Nak tak nak, walaupun tunggu hari, heret juga perut ke dapur. Bolehlah lauk untuk 34 hari, " kongsi Khalidah di laman Facebook.

Antara menu yang disediakan ialah sup lobak putih dan merah, sup ayam, singgang kuning ikan tenggiri, daging masak lada hitam dan daging goreng kunyit hidup.

Sup ayam dimasak hanya menggunakan bahagian dada ayam.

Selain itu, wanita tersebut turut menyediakan sajian mentah siap dipotong dan ayam diperap dengan garam dan kunyit.Katanya, langkah itu juga akan memudahkan suaminya menyediakan makanan setiap hari tanpa mengambil masa yang lama.

Sayur mentah yang siap dipotong hanya perlu dimasukkan ke dalam pengukus manakala ayam diperap dimasak dengan air fryer.

“Syukur, alhamdulillah siaplah serba sedikit menu untuk pantang. Dari sudut positifnya kita tahu sumber makanan yang dimasak tu sedap dan kena dengan cita rasa sendiri,” katanya.

Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberikan korang yang bakal bersalin memasak sendiri makanan pantang.

Tambahan pula status Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan wabak Covid-19, lebih baik sediakan makanan sendiri di rumah.

Secara tidak langsung kita menyokong seruan Kementerian Kesihatan untuk melakukan kawalan kendiri di rumah.

Sumber: Khalidah Alhusna

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca