Teknologi mata ketiga muncul, ramai kaki game pula teruja tunggu prototaip jadi kenyataan

A
A
A

GAYA hidup anak muda zaman sekarang memang tidak lekang dengan teknologi canggih terutamanya telefon pintar.

Gajet dan peranti seperti itu bagaikan nyawa kedua buat mereka yang tidak boleh dipisahkan lebih-lebih lagi buat kaki game.

Merujuk bankmycell.com, data yang diperoleh daripada Statista menunjukkan seramai 3.8 bilion pengguna telefon pintar iaitu 48.33 peratus penduduk dunia memiliki gajet itu pada tahun ini.

teknologi mata ketiga

Jika dihitung jumlah keseluruhan, seramai 4.88 bilion orang memiliki peranti tersebut sekali gus memperlihatkan pertambahan seramai 62 peratus penduduk bumi saban tahun.

Kecenderungan menggunakan telefon pintar setiap hari telah mendorong seorang pelajar Korea Selatan mencipta sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Masakan tidak, timbul idea untuk mencipta teknologi mata ketiga khas untuk pengguna telefon di seluruh benua.

teknologi mata ketiga

Sekali pandang, fitur tersebut tak ubah seperti televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada dahi seseorang.

Bentuknya seperti mata animasi filem Monsters terbitan Pixar yang cukup popular dalam kalangan penonton cilik.

Lapor fastcompany.com, ciptaan prototaip itu direka Minwook Paeng yang juga pelajar Royal College of Art and Imperial College London.

teknologi mata ketiga

Mungkin disebabkan ralit bermain telefon sambil berjalan, rekaan mata ketiga itu memberikan sensor amaran awal kepada pengguna bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Peranti yang aktif secara automatik sebaik saja pengguna berjalan dikatakan boleh membantu mengelakkan bahaya jika mereka larut dan leka bermain telefon.

Ini kerana katanya, kes kemalangan membabitkan penjalan kaki yang menggunakan telefon semakin meningkat terutamanya di bandar besar seperti di London.

teknologi mata ketiga

Pereka peranti tersebut turut mengingatkan kepada pengguna mengenai keburukan penggunaan telefon untuk tempoh jangka panjang dan berharap ciptaannya itu 'memberi peringatan yang berguna.'

Mungkin ada baiknya ciptaan seperti itu, namun kebergantungan 100 peratus pada peranti pun tidak elok jugakan?

Bahkan, obses dengan permainan game online pun bukannya bagus untuk gaya hidup sihat. Betul tak?

Harap-harap jangan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini, ramai anak muda habiskan masa dengan gajet saja.

 

teknologi mata ketiga

teknologi mata ketiga

Banyak aktiviti lain yang boleh buat dan dibenarkan. Joging ke, memasak ke dan macam-macam lagi.

Apa yang penting #kitajagakita ya dan bersama memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 yang semakin meruncing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca