Telur bistik mudah, sekali cuba pasti jatuh hati
HIDANGAN telur biasanya juadah yang selalu menjadi kegemaran ramai.
Memasak telur sangat mudah, praktis, dan pantas. Bahan-bahan yang digunakan untuk menu telur ini biasanya senang didapati di rumah. Masa memasak pula boleh siap dalam dua hingga lima minit sahaja.
Biasanya kanak-kanak juga lebih suka memakan telur berbanding makanan lainnya seperti ikan, ayam dan daging.
Masakan telur juga boleh dicampur dengan bahan lain seperti sayur dan daging dan sudah tentu menjimatkan bahan dan masa.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Terdapat pelbagai resipi yang boleh dibuat menggunakan telur seperti air asam, rasam, sambal telur rebus goreng, goreng kunyit, gulai, sup, masak kicap dan sebagainya.
Namun jika bosan dengan masakan telur yang kering-kering sahaja bolehlah korang cuba buat telur bistik pula.
Sedap dan yang penting ia pasti akan memikat hati seisi keluarga.
Bahan-bahan;
- 2 biji telur
- Bawang merah
- Bawang putih
- 1 sudu cili kisar
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
- Sedikit isi ayam dipotong dadu
- * Sayur campur (ikut suka)
- * Cili benggala potong nipis
- Garam
- Cukup rasa
Cara-caranya;
1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq dadar. Dah masak elok angkat dan toskan dan letak dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.
Cuba juga Ayam pongteh unik kerana taucunya
4. Masukkan ayam apabila dah masak sikit masukkan sayur campur dan cili benggala. Kemudian masukkan baki bawang merah and bawang putih tadi.
5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air sikit and biar sekali mendidih tutup api.
6. Dah siap kuah tadi bolehlah tuang ke atas telur yang digoreng tadi.
Mudah kan? Selamat mencuba!
Sumber : Alia Farhan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang