(Video) Beza bintik hitam, bintik halus pada hidung yang perlu anda tahu
MUNGKIN ramai beranggapan bintik-bintik kecil dan halus terdapat pada bahagian zon-T khususnya hidung merupakan blackheads yang berpunca daripada kulit wajah berminyak.
Bagaimanapun, persepsi tersebut adalah tidak benar kerana blackheads sifat bintiknya lebih hitam dan besar, sementelah bintik halus pada hidung pula dipanggil, Sabaceouse Filaments.
Menerusi satu video dalam laman sosial Instagram, pemilik akaun @cirasso berkongsi tip dan punca berlakunya masalah Sabaceouse Filaments.
Menurut wanita tersebut Sabaceouse Filaments lazimnya dihadapi oleh individu yang memiliki kulit wajah jenis berminyak dan kombinasi.
"Sebelum ini pun saya ingatkan ia blackheads. Biarpun telah melakukan double cleanse setiap hari, namun masalah sama tetap berulang.
"Rupa-rupanya ia adalah Sabaceouse Filaments yang mana jika dipicit akan kembali dan keluar macam rerambut halus.
"Ini perkara normal kerana masalah tersebut berpunca daripada minyak yang terhasil pada kulit wajah," jelasnya dalam video berdurasi 0.53 saat itu baru-baru ini.
Justeru, bagi mencegah Sabaceouse Filaments sebelum bertukar menjadi blackheads cara terbaik adalah dengan mengamalkan double cleanse setiap hari.
Pada masa sama, melakukan proses exfoliate setiap minggu bagi menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah.
"Berdasarkan pengalaman apabila saya mengoles krim pelembap yang tidak bersesuaian, mesti Sabaceouse Filaments akan berlaku, tetapi krim pelembap bersifat ringan seperti gel jarang ia kembali," jelasnya yang mendapat sebanyak 202,729 jumlah tontonan.
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang