'Saya tidak percaya langsung, walaupun mereka baik...'Anzalna Nasir komen isu pembantu rumah mengasari anak jagaan

No Image Caption
A
A
A

SEBELUM ini memang banyak cerita tentang pembantu rumah atau penjaga yang cuai atau tak ambil serius semasa jaga anak jagaan mereka.

Ada juga kes yang sampai tahap memukul anak jagaan tanpa alasan, bahkan ada yang lebih tragis sampai menyebabkan kematian.

Kebiasaannya, ibu bapa terpaksa meninggalkan anak-anak di bawah jagaan pembantu atau penjaga kerana komitmen kerja. Justeru, mereka meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada individu tersebut boleh menjaga anak-anak dengan baik.

Bagaimanapun pelakon Anzalna Nasir mengambil pendekatan berbeza. Sebagai seorang ibu, beliau memilih untuk menjaga sendiri anaknya daripada menyerahkan sepenuhnya kepada pembantu.

Isteri kepada Muhammad Hanif Mohamad Zaki itu tidak mempercayai kepada pembantu kerana risau dengan kes penderaan dan kecuaian yang sering berlaku.

"Melihat video ini buat hati saya sangat sedih. Alhamdullillah ALLAH lindungi baby Zeq. Bab pembantu ini, saya tak boleh sebab banyak sangat kes macam ni,"ujarnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga sanggup mengorbankan kerja sebagai seorang pelakon demi membesarkan anak lelakinya yang kini berusia lima tahun. Anzalna menegaskan, dia tidaka kan sesekali meninggalkan puteranya bersendirian dengan pembantu.

Artikel Berkaitan:

"Saya nak cakap pasal diri saya, saya ni bukanlah ibu yang sempurna, tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak. Dari lahir sampai sekarang, tak pernah sekali pun saya tinggalkan mereka sendirian dengan pembantu,"ujarnya.

Anzalna, atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, tidak kisah walaupun terpaksa menolak tawaran berlakon yang menawarkan bayaran lumayan. Bagi dia, menjaga anak sendiri lebih penting daripada apa-apa ganjaran.

"Walaupun terlepas job beratus ribu pun tak apa, yang penting anak-anak ada di bawah jagaan saya sendiri. Saya batalkan semua jika keluarga saya tidak dapat menjaga anak-anak saya.

"Saya tidak akan tinggalkan anak saya dengan pembantu. Saya tidak percaya pembantu langsung, walaupun mereka baik macam mana,"tegasnya.

Keputusan Anzalna memberi inspirasi buat pasangan berkahwin di luar sana. Namun tidak semua ibu bapa mampu untuk menjaga anak sepenuhnya, terutamanya yang terikat dengan komitmen kerja.

SinarPlus nasihatkan supaya memilih individu yang betul-betul sesuai dan sentiasa pantau aktiviti harian mereka demi keselamatan anak-anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang