Tip peluang hamil anak kembar, Dr Hamid Arshat beri panduan

Tip peluang hamil anak kembar, Dr Hamid Arshat beri panduan
Tip peluang hamil anak kembar, Dr Hamid Arshat beri panduan
A
A
A

ZURIAT merupakan pelengkap rumah tangga. Semua yang mendirikan mahligai indah hidup suami isteri mesti mengimpikannya.

Tambah lagi jika melihat gelagat si comel pasangan kembar pasti mencairkan hati sesiapa sahaja.

Namun, tidak semua pasangan dianugerahkan rezeki mendapat anak kembar.

Dengan itu, doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat berkongsi lapan tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di Facebook miliknya.

Kongsinya;

"BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR? SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR

"Kelihatan kembar (dalam gambar) ini jenis dichorionic atau dizygotic atau non identical.

"Ertinya ia berasal daripada dua telur atau ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan. Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.

"Kembar identical atau mono zygotic berasal daripada satu telur dan selepas bercantum dengan benih lelaki, embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.

"Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2 peratus sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun ke atas lebih cenderung untuk hamil anak kembar."

Artikel berkaitan: Vitamin C tidak merawat demam, selsema – Kajian Pakar

Ini lapan tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar:

1. Orang Asia 1-2 peratus

  • Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 peratus.
  • Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 peratus.
  • Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 peratus.
  •  Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 peratus sahaja.

2. Keturunan kembar sebelah ibu

Dalam keluarga ada kembar khusus daripada keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.

3. Hamil umur 40 tahun ke atas

Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun ke atas. Pemakanan, supplements tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan.

4. Amalkan supplement Vitamins dan Folic Asid

Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement Vitamins dan Folic Asid lebih berpeluang hamil kembar.

5. Makan produk tenusu

Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.

6. Makan keladi dan ubi

Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.

7. Hormon subur

Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 peratus. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30 peratus. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.

8. Rawatan IUI dan IVF

Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!

Sumber: Dr Hamid Arshat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca