Volvo lancar kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh, memang canggih dengan tujuh ciri terbaik

A
A
A

BARANGKALI, menjadi satu berita baik buat peminat turbo apabila Volvo Car Malaysia apabila jenama itu memperkenalkan satu-satunya kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh di negara ini.

Pengeluar automotif Sweden itu menjadi jenama pertama yang memperkenalkan XC40 Recharge T5 R-Design mesra alam.

Teknologi itu dikatakan mampu mengurangkan pengeluaran asap karbon dioksida sebanyak 40 peratus.

Pendek kata, varian terbaharu itu dilihat lebih canggih dengan teknologi terkini.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain berkata, pihaknya teruja menawarkan salah satu kenderaan utiliti sukan terbaik sebagai kenderaan elektrik hibrid plug-in.

“Pengenalan model baharu ini melengkapkan barisan kenderaan PHEV sebagai bukti Volvo bersedia untuk gaya hidup lebih hijau pada masa akan datang.

“Kami juga berusaha untuk mewujudkan masa depan lebih lestari dan memainkan peranan untuk mengurangkan pelepasan karbon pada masa akan datang,” katanya.

VOLVO

Apa lebih menarik, Volvo juga menawarkan pemasangan tempatan bagi kesemua barisan kereta hibrid plug-in sekali gus memberi kelebihan kepada pelanggan setia.

Tambah Nalin, varian terbaharu yang menggunakan platform Compact Modular Architecture itu dilengkapi enjin tiga silinder turbocharged 1.5 liter.

“Enjin sofistikated itu dilengkapi dengan rangkaian kuasa Drive-E, motor elektrik yang dipasang pada kotak gear automatik dual-clutch tujuh-kelajuan bagi menggerakkan roda hadapan.

“Binaan enjin berkembar ini memberikan pemanduan lebih mampan dengan pelepasan karbon dioksida hanya 50 gram perkilometer,” ujarnya.

Dari segi aspek keselamatan, reka bentuk dan prestasi, Nalin menjelaskan, rekaan model sama seperti varian terdahulu.

VOLVO

“Kami yakin kereta ini memenuhi ciri-ciri yang akan memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

“Pada masa yang sama, kami berharap pelancaran XC40 Recharge T5 akan memberikan pilihan yang lebih lestari bagi rakyat Malaysia dalam mengekalkan persekitaran dan masa depan lebih sihat,” kata Nalin.

Apa lagi yang best mengenai XC40 Recharge T5 R-Design? Berikut perinciannya:

1. Kapasiti enjin petrol, XC40 Recharge T5 mencapai 100 kilometer  (km) perjam hanya dalam masa 7.3 saat dan kelajuannya dihadkan pada 180km/jam.

2. Dilengkapi dengan sistem teknologi keselamatan, kesalinghubungan dan infotainment yang diiktiraf sistem pemenang anugerah.

3. Ciri keselamatan dan bantuan kepada pemandu seperti sistem Pilot Assist, City Safety, Run-off Road protection and mitigation dan Cross Traffic Alert dengan sokongan brek.

VOLVO

4. XC40 Recharge T5 menawarkan lima mod pemanduan berbeza untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik iaitu hibrid (tersedia), tulen, off-road, berkuasa dan individu.

5. Reka bentuk dengan kekemasan skandinavia yang elegan tanpa meminggirkan imej Volvo, selari dengan keperluan dan fungsinya.

6. Penampilan bergaya dengan hiasan khas trim R-Design selain dilengkapi dengan soket pengecas di bahagian hadapan kiri.

7. Ruang kabin yang direka khas lebih praktikal dengan penyimpanan di bahagian pintu pemandu dan cangkuk khas boleh tarik untuk menggantungkan barang.

Bagi yang tertanya-tanya mengenai harga model tersebut, XC40 Recharge T5 yang dijual pada harga RM255,888 kini dikurangkan menjadi RM241,997.04.

VOLVO

Fitur canggih itu juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web Volvo Car Malaysia sebagai alternatif yang lebih selamat dan mematuhi prosedur operasi standard kerajaan.

Ini kerana kerajaan telah melanjutkan pengecualian cukai jualan untuk semua pembelian kenderaan hingga 30 Jun nanti.

Bagi pelanggan yang berminat, terdapat lima pilihan warna dinamik iaitu Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com.my atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia untuk maklumat terkini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca