Bila rezeki dan darjat bertambah, tapi ibadah ditinggalkan… Berhati-hatilah, itu tanda istidraj

KEHIDUPAN manusia sememangnya tidak akan lari daripada ujian. Tidak kiralah berapa besar pun ujian itu, kita perlu melaluinya dengan tabah.

Ada banyak bentuk ujian. Tidak semestinya ia datang dalam bentuk kesusahan atau kesulitan, namun sewaktu kita diulit dengan kesenangan, ujian tetap akan datang juga.

Ya, demikian yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini setelah diuji dengan musibah pandemik Covid-19 yang hampir ‘melumpuhkan’ dunia.

Ketika ‘berkurung’ di rumah tempoh hari, ramai yang mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan. Kini, setelah kehidupan kembali normal, masing-masing sudah sibuk dengan rutin seharian apatah lagi terpaksa bekerja keras impak daripada pandemik berkenaan.

“Orang nampak luaran bagus, tetapi sebenarnya  dalam kita kehilangan sesuatu. Hari Jumaat, masjid makin lama makin tak ada orang. Dah tak ada orang beratur. Mula-mula hari tu, beratur kat depan masjid nak masuk. ALLAH nak tengok usaha kita, dapat masuk atau tidak, itu cerita lain.

Iklan
Iklan

“Tapi datang masjid tu dulu. Pelik. Orang dah makin tak ada. Kenapa orang dah tak nak usaha ke?”

Demikian petikan kata-kata pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad dalam satu slot rancangan di sebuah radio terkemuka yang dikongsikan di Twitter milik penyanyi, Ariff Bahran menerusi sebuah video baru-baru ini.

Nabil turut mengumpamakan keadaan itu sama sebagaimana yang berlaku ketika zaman Nabi Musa AS. Tatkala berjaya keluar daripada laut di samping ketiadaan Nabi Musa, kaum Bani Israel kembali tidak beriman kepada ALLAH.

Video berkenaan turut mendapat perhatian pendakwah Da’i Wan Dazrin Wan Din.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Da’i Wan Dazrin berkata, keadaan tersebut dinamakan sebagai istidraj

. Para ulama telah lama mengingatkan kita supaya ihtiyat (berhati-hati) dalam hal tersebut.

“Ia (istidraj) berlaku bila kita nampak ada hamba ALLAH SWT (yang) diberi rezeki, bertambah darjatnya, tapi jelas tinggal ibadah kepada ALLAH,” katanya menerusi Twitter miliknya baru-baru ini.

Da’i Wan Dazrin turut mengemukakan sebuah hadis memerihalkan tentang istidraj.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu melihat ALLAH SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-NYA, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj daripada ALLAH SWT.” (Riwayat Ahmad) 

DIKURNIAKAN kekayaan juga merupakan satu ujian jika rezeki itu tidak digunakan dengan sebaiknya.

Justeru, beliau menasihatkan kita supaya berhati-hati daripada terjebak dengan istidraj tanpa disedari.

At least ambil tahu tentang ukuran ibadah yang obligatory (wajib) atau yang mandub (sunat) untuk menjadi nilai ukur harian kita. Contoh, hari Isnin, kerja, berniaga. Punyalah sibuk, tapi still dapat solat awal waktu. Then, Alhamdulillah masih ok.

“Setiap kali lepas solat, tak tinggal baca al-Quran at least 2 muka surat (ibadah sunat). Bila bertukar hari ke Selasa, Rabu, Khamis, kita mula nampak diri kita semakin tangguhkan (ibadah tadi).

“Bahkan hingga ada yang tertinggal. Kemudian, nak qada (gantikan) pun tak buat lagi. Itu sudah patut kita risau.

“Sampai solat Jumaat, minggu ni pergi, minggu seterusnya tak pergi sebab terlalu fokus dengan perniagaan, mencari duit, kita mula cari dalil untuk melonggarkan urusan ibadah kita. Macam ‘It’s okay, solat jumaat tak boleh tinggal 3 kali berturut-turut’ sebab ada hadis kata baru ‘munafik’.

“Kita pun sambung berniaga, sambung kerja, solat Jumaat nanti dulu. (Walhal hadis itu ada syarah, ia tak boleh bulat-bulat sahaja faham literalnya).

“Maksudnya pada waktu dan ketika itu, hati kita sudah mula asyik dan bermula untuk tenggelam dalam keduniaan. Hati-hati kalian semua. Letakkan awareness,” kongsinya.

Sekali lagi, Da’i Wan Dazrin mengingatkan agar jadikan nasihat beliau tadi sebagai ukuran diri.

“Semak ibadah solat yang wajib dan sunat yang biasa kita buat. Jika semakin hari semakin menurun, bahkan hingga ada yang ditinggalkan, lepas tu sengaja tak mahu ganti balik ibadah yang wajib. Terus tanam dalam kesedaran.

“Untuk kembali semula ke pangkal jadual asal urusan ibadah kita kepada ALLAH SWT, jangan biar diri kita hanyut dan tenggelam hingga termasuk dalam salah satu ujian ALLAH yang bernama istidraj ini.

“Ia berbahaya sebab kita diberi kesenangan, tapi rupanya dalam kealpaan dan tiada keredaan selama ni.

“Sebuah ujian yang ‘senyap’ di sebalik kesenangan dunia dan kepuasan di hati bila boleh melakukan apa sahaja.

“Rasa dosa itu kecil (simple things), boleh ask for forgiveness nanti, walhal nyawa kita dalam ketentuan ALLAH SWT. Taklah lambat sesaat atau cepat sesaat bila waktu ajal itu tiba,” nasihat beliau.

Justeru, ambil berat akan nasihat yang diberikan ini. Gunakan panduan itu untuk menilai diri kita sendiri agar menjadi Muslim dan Muslimah yang sejati.

Sumber: Twitter @wandazrin & @Bahraann

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

2 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

3 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

4 hours ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

5 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

19 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

20 hours ago