Daging korban dibawa keluar dari kawasan atau negeri, bolehkah? Ini penjelasan agamawan

DAGING korban akan mula diedarkan pada Hari Raya Aidiladha selepas proses penyembelihan dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Bagaimanapun, mungkin timbul persoalan dalam kalangan individu yang melakukan korban tentang pengagihan daging sama ada boleh dibenarkan dibawa keluar dari kawasan (mukim) atau negeri ia dikorbankan?

Kebiasaannya menjadi tuntutan kepada umat Islam pada setiap tanggal 10 Zulhijjah meraikan Hari Raya Aidiladha sekali gus menyempurnakan ibadah korban sesuai sunnah Nabi Ibrahim AS.

Baca juga: Kekeliruan kaum ibu, daging korban tidak boleh disimpan melebihi 3 hari? Ini penerangan agamawan

Umumnya definisi ibadah korban ialah (udhhiyyah) iaitu binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT pada Hari Raya Haji dan tiga hari Tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

ALLAH SWT memerintahkan ibadah korban seperti mana firman-NYA dalam surah al-Kauthar: 2 yang bermaksud:

Iklan
Iklan

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur”.

Perlu diingatkan, daging korban terbahagi kepada dua jenis iaitu korban wajib dan kedua korban sunat.

1-Korban wajib adalah ibadah yang diwajibkan kepada seseorang disebabkan janjinya dengan ALLAH SWT atau manusia untuk berbuat demikian seperti korban nazar. Daging korban nazar haram dimakan oleh pemilik dan ahli keluarganya.

Jika seorang daripada mereka telah termakan daging itu, maka pemilik daging korban berkenaan wajib mengganti kembali daging yang telah dimakannya sama ada dengan zat daging atau dengan nilaiannya.

2-Sementara korban sunat pula, dagingnya halal dimakan oleh pemilik dan ahli keluarganya. Bagaimanapun, adalah lebih afdal jika daging itu dibahagikan kepada tiga bahagian sebelum ia dimakan.

Baca juga: Tak sempat sembelih haiwan korban hari ini, boleh ke buat hari lain?

Gambar hiasan

Satu pertiga untuk dimakan oleh pemilik dan ahli keluarga, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin manakala satu pertiga selebihnya dihadiahkan kepada sahabat handai seperti jiran tetangga, rakan taulan sama ada miskin atau kaya.

Bagaimanapun timbul persoalan yang bermain di minda dalam kalangan individu yang melakukan korban tentang pengagihan daging sama ada dibenarkan untuk dibawa keluar dari kawasan (mukim) atau negeri ia dikorbankan.

Menurut Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, mengikut ulama mazhab Syafie, tidak semua daging korban haram boleh dipindahkan dari kawasan seseorang itu bermukim.

Baca juga: Cara betul simpan daging supaya tahan lama, tak berbau busuk!

“Yang dimaksudkan daging yang haram dipindahkan adalah bahagian daging wajib disedekahkan kepada fakir atau miskin.

“Perkara ini dijelaskan oleh Sheikh Syato al-Bakri di dalam karyanya Iʿānat al-Ṭālibīn:

ويمتنع نقلها أي الأضحية مطلقا سواء المندوبة والواجبة والمراد من المندوبة: حرمة نقل ما يجب التصدق به منها

Maksudnya: Dilarang memindahkannya, iaitu daging korban sama sekali sama ada korban sunat atau wajib, dan maksud korban yang sunat ialah haram memindahkan daging yang wajib disedekahkan daripadanya,” katanya.

Selain itu, Dr Syed Shahridzan Syed turut menjelaskan bahawa menurut mazhab Syafie, wajib disedekahkan daging korban sunat yang mentah walaupun sedikit kepada fakir atau miskin iaitu individu yang melakukan korban tidak boleh makan atau ambil kesemuanya.

Jika tidak, ibadat korban dianggap tidak sah dan hanya menjadi sedekah biasa sahaja. Hal ini dinyatakan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj:

وَالأَصَحُّ وُجُوبُ التَصّدُّقِ بِبَعْضِهَا وَلَوْ جُزْءًا يَسِيرًا مِن لَحْمِهَا بِحَيْثُ يَنْطَلِقُ عَلَيْه الإِسْم عَلَى الفُقَرَاءِ

Maksudnya: Menurut pendapat yang muktamad, wajib sedekah sebahagiannya (daging korban) walaupun dengan bahagian yang sedikit daripada dagingnya yang mana ia boleh dianggap sebagai penamaan sedekah kepada fakir miskin.

Baca juga: 4 cara cepat defrost daging, ayam beku yang betul elak keracunan

“Kadar yang wajib disedekahkan ialah menurut kadar yang sesuai dan masuk akal walaupun untuk seorang yang miskin sekalipun. Sebagai contoh sedekah setengah kilogram daging kepadanya.

“Sebahagian ulama mazhab Syafie meletakkan piawaian kadar daging yang wajib disedekahkan ialah kadar yang boleh mengenyangkan seorang fakir miskin,” katanya.

Diharapkan penerangan ini membantu anda khususnya kaum Hawa yang bakal melangsungkan ibadah korban tidak lama lagi.

Sumber: Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Azma ML

Recent Posts

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

3 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

4 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

5 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

7 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

9 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

11 hours ago