PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu diserang dua penyamun.

Menerusi video tular, Akhyar kelihatan duduk di kerusi roda sambil memegang kepalanya yang cedera dipukul dengan menggunakan cota.

Berikut kronologi kejadian yang berlaku di Icon Residence, Kuala Terengganu malam tadi.

1-Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata Akhyar diserang ketika turun dari kereta di kediamannya di Icon Residence kira-kira 8.30 malam selepas pulang menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Baca juga: Dipukul cota besi Kamal Adli cedera kepala hingga ditidurkan, Uqasha trauma dedah pelaku warga Singapura dan siuman

Baca juga: Laporan psikiatri diterima, hakim tak benarkan penyerang Kamal Adli diikat jamin

2-Sebaik tiba di kondominium itu, Akhyar telah memarkir kenderaan di tempat letak kereta dan sewaktu turun daripada kereta, mangsa ternampak dua lelaki turun daripada sebuah kereta berwarna gelap

3-Beliau berkata mangsa dipukul dengan cota besi boleh laras oleh dua suspek tidak dikenali yang turut memakai topeng muka dan pakaian serba hitam.

4-Difahamkan, serangan itu menyebabkan Akhyar mengalami koyakan sepanjang empat sentimeter di ubun-ubun sehingga menerima empat jahitan di ubun kepala dan dua jahitan di kaki kiri.

5-Suspek melarikan diri setelah mengambil beg duit Akhyar bernilai RM4,800 yang disimpan di dalam beg bimbit.

6-Azli berkata, Akhyar yang dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah dibenarkan pulang selepas diberikan rawatan rapi.

Baca juga: [VIDEO] Gadis dirompak sewaktu beriadah. Ingat, jangan sesekali tinggalkan barang berharga di dalam kereta

Baca juga: Kronologi RM109,000 Bantuan Awal Persekolahan lesap, guru besar patut diiring

7-Sementara itu, kakak Akhyar, Nurrashidah Abdul Rashid, 36, yang juga pembantu peribadinya, kejadian berlaku pada jam 8.53 malam sebelum membuat laporan polis.

8-Katanya, telefon bimbit pemain itu pada mulanya hilang dan dijumpai dibuang di tepi jalan pada jarak kira-kira 1 kilometer daripada lokasi kejadian.

9-Pemain bola sepak itu mengatakan tidak berselisih faham dengan sesiapa sebelum kejadian dan tidak mengesyaki individu yang melakukan perbuatan terbabit.

Iklan

10-Malah, beliau difahamkan tidak mengecam suspek kerana kejadian berlaku dengan pantas dan suspek memakai penutup muka.

11-Kenderaan suspek juga tidak dapat dipastikan kerana mangsa trauma dan ketakutan selepas kejadian.

12-Azli memberitahu, polis masih mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika samun.

13-Portal berita tempatan melaporkan Eyka Farhana atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, turut berada di Kuala Terengganu untuk meraikan ulang tahun kelahiran Akhyar ke-25 semalam.

14-Pelakon drama Ema Emyliana itu kelihatan menemani Akhyar ke hospital.

Iklan

Untuk rekod, Akhyar di TFC secara pinjaman daripada Johor Darul Takzim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain berbakat itu juga berada dalam perancangan pengendali pasukan bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon untuk beraksi dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Jun ini.

Sumber: Bernama, Sinar Harian, Instagram Eyka Farhana

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!