Nahas jalan raya ragut banyak nyawa! Ini 5 kemalangan paling tragis 2021

Iklan
01

KEMALANGAN jalan raya telah dikenal pasti sebagai pembunuh utama di negara kita.

Menurut satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, sebanyak 20 hingga 30 orang pengguna jalan raya telah terkorban setiap hari.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Angka ini akan bertambah ketika musim-musim perayaan ketika jalan raya dan lebuh raya dibanjiri dengan pelbagai jenis kenderaan.

Iklan

Dalam pada itu, ini sorotan lima kemalangan paling tragis sepanjang tahun 2021.

Iklan

1. Kemalangan babitkan treler dan tiga kereta

Sepuluh individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan treler yang merempuh tiga kereta berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, 17 Disember 2021.

Sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan hingga 16 tahun dilaporkan menaiki Proton Wira dipandu suaminya Abdul Razak Majit, 50, yang cedera ringan.

Pada masa sama lori berkenaan menyeret kereta Abdul Razak ke kanan lebuh raya sehingga menyebabkan sembilan ahli keluarganya dan Muhamad Rahimi maut ditempat kejadian.

Seorang mangsa yang cedera parah serta dua cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam, untuk rawatan.

2. Ratusan cedera perlanggaran LRT

Ratusan penumpang cedera apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru, 24 Mei 2021.

Satu daripada tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam perlanggaran bersama sebuah lagi tren LRT dipercayai membawa 213 penumpang.

Kemalangan tersebut mencederakan 213 orang penumpang, termasuk 166 orang cedera ringan dan 47 orang cedera parah.

3. Kru produksi filem maut

Empat kru produksi filem yang terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu, sehingga seorang daripadanya maut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman iaitu Ace Motion Pictures Sdn Bhd.

Baca juga [8 FOTO] Kotor, meloyakan, ulat berenga ditemui dalam tong penyimpanan di kilang petis di Pulau Pinang

4. Bas rempuh 10 kenderaan di Pulau Pinang

Bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Butterworth, Pulau Pinang ke Ipoh, Perak pada 13 Disember lalu.

Setibanya di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai, bas berkenaan hilang kawalan.

Dengan kelajuan tinggi, bas itu dilihat hilang kawalan dan turut melanggar bahagian penghadang jalan lebuh raya berkenaan.

Walaupun kemalangan terlihat tragis, syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

5. Tiga sahabat maut

Tiga sahabat maut manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Rumbia 3, Taman Daya, Johor Bahru, 27 September 2021.

Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa maut termasuk R Vimalan, 21; A Sharven, 21; dan seorang lagi lelaki berusia 20-an.

Manakala mereka cedera dikenali sebagai S Meshen Kumar, 21, dan P Agilan, 22.

Baca juga Kelantan, S’wak bakal beralih ke Fasa 4 PPN, berikut 5 fakta mengenainya

Kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh tembok kediaman di Taman Daya di sini.

Ingatlah, malang tidak berbau! Pandulah kenderaan dengan lebih berwaspada dan bertanggungjawab agar kita semua terselamat daripada kemalangan di jalan raya okay!