NEGERI Kelantan dan Sarawak bakal melangkah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.

Perkara itu telah dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Baca juga: MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out, Ini Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera

Berikut fakta ringkas mengenai peralihan fasa membabitkan dua buah negeri berkenaan:

1. Ia diputuskan selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Dengan peralihan fasa bagi kedua-dua negeri berkenaan, bermakna kesemua negeri di Malaysia telah beralih ke Fasa 4 PPN.

3. Hishamuddin bagaimanapun menyeru kepada orang ramai agar tidak berasa terlalu selesa susulan COVID-19 masih merupakan satu ancaman kepada keselamatan dan kesihatan terutama dengan penularan varian Omicron.

Baca juga Ramai yang dapat status HSO, PUS dalam MySejahtera, ini sebenarnya

4. Beliau menekankan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka, l penjarakan fizikal, mendapatkan dos penggalak sekiranya layak, melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara berkala dan mengamalkan TRIIS dengan sebaik mungkin.

Iklan

5. SOP bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 PPN adalah sama dengan sebelum ini. Bagaimanapun keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Terdahulu, Labuan negeri pertama beralih Fasa 4 pada 24 Ogos lalu. Ia susulan kadar vaksinasi lengkap dua dos di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Wilayah Persekutuan itu mencapai 92.4 peratus imuniti kelompok bagi populasi dewasa.

Iklan

Baca juga Waspada, amaran hujan berterusan, banjir diramal di 4 buah negeri mulai 31 Disember

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Pejabat Menteri Kanan Pertahanan, Facebook Hishammuddin Hussein