Info ringkas rebat barangan elektrik buat mangsa banjir bermula 7 Januari

Iklan
02

BANJIR adalah bencana alam yang selalu berlaku di negara kita menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Bukan sahaja nyawa melayang dan terancam, harta benda pun banyak yang rosak.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ini info mengenainya;

1. Program berkenaan dikendalikan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 80,000 isi rumah.

Iklan

2. Buat masa ini, sebanyak 1,400 premis terbabit dalam program rebat pembelian barangan keperluan elektrik itu.

3. Pihaknya mengarahkan supaya senarai premis ini ditambah bagi memudahkan mangsa banjir mendapatkan rebat belian itu khususnya yang menetap di kawasan luar bandar.

4. Selain melalui kedai barangan elektrik, rebat belian ini juga boleh digunakan bagi pembelian menerusi platform beli-belah dalam talian seperti Shoppe, Lazada dan PG Mall.

5. Senarai mangsa banjir yang layak untuk program rebat ini dikatakan akan diperolehi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Baca juga Baucar RM1,000 untuk rosak total, kemudahan, diskaun baik pulih kenderaan mangsa banjir, 5 fakta perlu tahu

6. Kerajaan dijangka berkongsi lanjut berkaitan program rebat ini menjelang tarikh 7 Januari 2022 ini.

Semoga ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi mereka yang diuji dengan banjir.