Baucar RM1,000 untuk rosak total, kemudahan, diskaun baik pulih kenderaan mangsa banjir, 5 fakta perlu tahu
BANJIR yang melanda baru-baru ini mengakibatkan pelbagai kerosakan termasuk kenderaan.
Luluh hati melihat kawasan kediaman yang dibadai banjir. Ribuan kenderaan persendirian yang menjadi pengangkutan para penduduk tersadai rosak setelah ditenggelami air.
Ada yang terpaksa pasrah apabila kenderaan disahkan rosak tanpa boleh diperbaiki atau ‘total lost.’
Dalam perkembangan terbaru, kerajaan menyediakan pemberian baucar untuk membantu rakyat yang terjejas.
Ia adalah penambahbaikan berhubung Bantuan Wang Ihsan (BWI) antaranya RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir.
Baca juga: Cuba Dulu, Pasti Jadi!6 Cara Hilangkan Bau Busuk, Hapak, Kepam Kereta Guna Bahan Semula Jadi
Berikut lima info mengenainya;
1.Baucar RM1,000 akan diberikan untuk digunakan bagi tujuan pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan peribadi yang telah mengalami kerosakan total.
2.Mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan peribadi boleh mendapat pelbagai insiatif.
3.Perodua menyediakan perkhidmatan tunda percuma ke pusat servisnya, memberikan kos upah dan servis berkaitan percuma serta diskaun 50 peratus ke atas alat ganti.
4.Proton memberi diskaun alat ganti sebanyak 50 peratus bagi kebanyakan model serta menawarkan caj tunda dan cuci kereta percuma di pusat servis berdaftar.
5.Hampir semua syarikat kereta lain difahamkan setuju menyediakan khidmat tunda percuma dan diskaun 25 peratus atau lebih ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis berdaftar. Beberapa syarikat menawarkan bayaran ansuran selama setahun.
Baca juga: Kereta tenggelam banjir, jangan hidupkan enjin. Lakukan 9 tip ini
Selain itu, bantuan banjir akan turut disalurkan kepada mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir (PPS).
RM10,000 diberikan kepada waris mangsa banjir yang meninggal dunia.
Mangsa banjir juga boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sekali semasa berlaku Monsun Timur Laut sebelum ini.
Bagi korang yang terlibat, gunakan inisitif yang diumumkan ini.
Diharapkan mangsa banjir yang terjejas terus kuat menghadapi membina kehidupan pasca banjir.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang