BERITA perkahwinan penyanyi dan pelakon, Datin Seri Nur Heliza Helmi menjadi perhatian.
Pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5 itu selamat melangsungkan pernikahannya dengan pengasas kepada Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.
Heliza yang juga aktivis masyarakat yang aktif menyertai misi kemanusiaan di dalam dan luar negara ini selamat bergelar isteri pada usia 35 tahun.
Usai akad nikah, pasangan itu diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya.
Gambar dan video majlis pernikahan mereka berlegar di pelbagai platform laman sosial.
Selain baju kurung moden yang longgar dipakai Heliza dan solekan yang sederhana, ramai yang tertumpu kepada gelagat pasangan pengantin yang makan dalam keadaan duduk ketika acara menjamah pulut kuning.
Walaupun ia merupakan hal kecil dalam sesebuah majlis perkahwinan. Malah kedua-duanya kelihatan malu-malu. Semoga perkahwinan yang terbina dengan penuh doa ini berkekalan hingga ke akhir hayat.