MAJLIS perkahwinan penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Sri Heliza Helmi baru-baru ini mencuri tumpuan ramai susulan temanya yang unik tetapi tetap meriah.

Heliza selamat bernikah dengan jutawan muda, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1.1.2022, pada jam 11.11 pagi dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Baca juga: Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri Datuk Seri Mahadi BZ

Majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel terkemuka berlangsung meriah.

Perkongsian daripada pengguna TikTok Izzah Alfaroqiah memaparkan suasana majlis yang diisi dengan atur cara yang bermanfaat.

@izzahalfaroqiah Reply to @diana_0889 Tak perlu ada tarian apa2 untuk nampak meriah. Bersholawat pun meriah dan berkah. ❤️ #fyp #esekeli #sholawat #nikah ♬ original sound - Bukan Sesiapa 🥀

Antaranya ialah berselawat ke atas Nabi ketika di pelamin dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar untuk semua hadirin.

@izzahalfaroqiah Reply to @nfizamj Pasangan itu bukanlah yang paling sempurna, tapi saling menyempurnakan. 💕 #helizahelmi #mahadibz #fypシ #esekeli #hijrah #nikah ♬ SHOLAWAT JIBRIL - 𝑯𝒂𝒊𝒅𝒂𝒓 𝑴𝒖𝒔𝒚𝒂𝒇𝒇𝒂

@izzahalfaroqiah Reply to @faezahhasim Ustaz Wadi Anuar ☺️ #fyp #esekeli #hijrah #ustazwadiannuar ♬ SAD - Instrumental - Nhím Stone

Warga maya meluahkan rasa terharu menyaksikan paparan perkongsian video-video majlis resepsi Heliza atau lebih mesra dengan Kak Ija.

Iklan

Rata-rata memuji perjalanan majlis berlandaskan syariat di mana para jemputan yang hadir menutup aurat dengan baik.

Malah Heliza dilihat tidak membawa bunga tangan sebaliknya membawa tasbih digital yang tersarung  pada jari.

- “Sebak tengok Heliza kahwin. Sangat menjaga adab sopan dan agama. Tidak tabaruj.”

-  "Selalu pengantin bawa bunga tangan, tetapi pengantin ini bawa tasbih. Subhanallah.”

- “Majlis yang penuh keberkatan.”

- "Ya ALLAH saya harap apabila anak-anak berkawin, dapat buat majlis seperti ini, penuh keberkatan."

Iklan

- "Siap tasbih digital di jari pengntin. "

- “Saya tidak pernah ambil tahu artis kahwin. Siapa taja perkahwinan dan sebagainya. Tapi yang ini saya rasa suka. Para wanita yang hadir semua berpakaian cantik dan sangat sopan.”

- “Pertama kali saya tengok majlis resepsi seperti ni, penuh dengan keberkatan.”

- “Masya-ALLAH tenang tengok pasangan ni. Bahagialah hingga ke syurga.”

- “Pertama kali tengok majlis perkahwinan pakaian semua sopan terutama perempuan sejuk mata memandang.”

- “Lagi suka majlis yang ada selawat begini, daripada DJ pasang lagu ‘jiwang’ karat.”

Baca juga: Masuk 'bandar berhantu', tidur dengan lipas, 10 hari tak mandi! Itu antara momen ekstrem Hazwani dalam laksana misi kemanusiaan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Izzah Alfaroqiah