PPV dos penggalak sesak, tiada lagi 'walk-in' hanya janji temu MySejahtera

Iklan
booster Pfizer

PEMBERIAN dos penggalak untuk penerima vaksin Covid-19 bertujuan untuk meningkatkan perlindungan kepada virus berkenaan.

Jika sebelum ini mereka yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (booster dose) boleh lakukan pendaftaran secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kini tidak lagi.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Menurut ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), suntikan dos penggalak secara 'walk-in' tidak lagi diberikan di PPV secara terus tanpa janji temu atau PPV Walk-In.

Baca juga Penerima vaksin Sinovac jangan takut terima dos penggalak Pfizer, keberkesanan hingga 74%

Iklan

Protecthelath memaklumkan, hanya mereka yang menerima temu janji di MySejahtera akan dibenarkan untuk mengambil dos penggalak di PPV.

Memetik laporan portal tempatan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, hanya mereka yang menerima tarikh temu janji di aplikasi MySejahtera sahaja akan dibenarkan untuk mengambil dos penggalak di PPV.

Walau bagaimanapun, kepada mereka yang layak dan memerlukan dos penggalak dengan segera namun masih belum menerima janji temu, boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan mereka.

Bagi yang ingin mendapatkan dos penggalak dengan cepat, bolehlah segera membuat permohonan dalam aplikasi MySejahtera korang.

Semoga bermanfaat!