SUNTIKAN dos penggalak perlu diambil susulan penurunan keberkesanan selepas tempoh tertentu.

Bagi vaksin jenis Pfizer BioNtech dan Astrazenec Vaxsevria sela masa enam bulan.

Manakala bagi penerima vaksin Sinovac Corovac selepas sela masa tiga bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan individu yang mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin Covid-19 untuk hadir bagi menerima suntikan tersebut.

Berikut adalah golongan yang disarankan untuk mengambil suntikan penggalak ini:

  • Petugas barisan hadapan.

  • Golongan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

  • Pusat jagaan orang-orang tua (kakitangan dan penghuni).

  • Individu 18 tahun ke atas yang mempunyai masalah kesihatan.

  • Individu 40 tahun ke atas.

Golongan yang digalakkan pula adalah seperti berikut:

  • Ibu hamil

  • Pekerja barisan hadapan industri yang penting.

  • Mereka yang perlu ke luar negara dan menunaikan umrah.

Menurut Khairy, dua kumpulan berkenaan sahaja diberikan janji temu dos penggalak buat masa ini.

“Tidak perlu daftar, notifikasi akan dihantar ke MySejahtera. Bagi kumpulan usia 18 hingga 39, masih dikaji dan akan diumum kelak. #PICKBooster,” katanya menerusi laman sosial Twitter.

Tambahnya, dos penggalak Pfizer terbaik untuk penerima Sinovac.

“Bagi penerima Sinovac, penggalak Pfizer ialah pilihan terbaik untuk meningkatkan tahap perlindungan anda.

“Ramai yang sudah layak untuk booster sedang menunggu booster Sinovac untuk diluluskan.

“Jangan tunggu. Ambil penggalak Pfizer yang ditawarkan. Ia sangat berkesan dan selamat,” katanya.

Iklan

Sehingga 15 November, lebih sejuta dos penggalak telah diberikan di seluruh negara.

“Lebih sejuta dos penggalak telah diberikan. Tetapi kita perlu pertingkatkan lagi untuk melindungi mereka yang paling berisiko semasa kita menangani peningkatan bilangan kes.

“Apabila anda mendapat temu janji untuk penggalak, ambil,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bagi mereka yang ingin memerlukan dos penggalak untuk tujuan umrah boleh memohonnya menerusi aplikasi MySejahtera.

Artikel berkaitan: Jangan Keliru Lagi, Ada Beza Di Antara Dos Ketiga Dan Dos Penggalak. Ini Fakta Tepat Yang Dikongsikan KKM

Baca juga: Sekolah sesi 2022 bermula 21 Mac buat ramai keliru, ini info senang nak hadam

Sumber: Twitter KhairyKj