BARU-baru ini tular di laman sosial paparan video yang dirakam seorang wanita selepas lori yang merempuh kenderaan.
Lebih menyentuh hati, pemandunya dipercayai sedang mengalami serangan jantung ketika itu dan telah meninggal dunia.
Perkongsian daripada pengguna laman sosial Facebook dikenali sebagai Cikgu Fadli Salleh ini diharapkan menjadi pengajaran buat kita semua.
Berikut adalah catatannya:
Baru menonton video seorang wanita merakam lori yang merempuh kenderaan. Pemandunya masih berada di tempat duduk pemandu dalam kelihatan menahan sakit.
Perakam terus menerjah, bertanyakan soalan yang meremukkan perasaan.
"Awak mabuk ke?" Lepas tu asyik cerita kat orang lain pemandu itu mabuk.
Rupa-rupanya Pak Cik Yusri ini sakit jantung dan mengalami serangan jantung semasa kemalangan.
Arwah meninggal sejurus selepas itu. Masa kena serangan jantung, dia sempat mengendalikan treler berat dipandunya untuk ke tepi dan berhenti.
Walaupun ada kereta mengalami kerosakan teruk, namun tiada kecederaan memandangkan kereta berkenaan sedang diparkir dan tiada orang di dalamnya.
Mungkin yang merakam, yang menularkan arwah Pak Cik Yusri merasa menyesal kerana membuat tuduhan melulu.
Satu sikap kita semua kena ubah, jangan suka menuduh sembarangan. Apa lagi jika melibatkan kemalangan.
Itu ayat pertama kepada mereka yang terlibat dengan kemalangan. Bukan mencari salah siapa.
Sudah pastikan semua orang selamat barulah berbincang ke, atau mencari solusi punca kemalangan.
Nombor satu ialah tanya tentang keselamatan.
Budaya seperti ini budaya yang sangat baik untuk kita semua terap dalam diri dan amalkan.
Al-Fatihah buat Pak Cik Yusri. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin.
Baca juga: Mengingati mati mengurangkan hasrat duniawi kita. Ketahuilah, sakit bukanlah syarat kepada kematian
Polis mengesahkan kejadian berlaku di Sungai Buloh
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya mengesan satu video tular yang memaparkan insiden kemalangan melibatkan sebuah treler dengan tiga buah kereta di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berhampiran sebuah kilang pada Isnin.
"Pemandu treler itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.
"Lelaki itu dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.09 tengah hari. Punca kematian adalah 'myocardial infarction' (serangan jantung)," katanya.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati waris keluarga lelaki berkenaan.
Video berdurasi tiga minit yang memaparkan keadan selepas kemalangan tular. Bagaimanapun tindakan seorang wanita yang menuduh pemandu lori itu mabuk sehingga melanggar beberapa buah kenderaan mengundang kemarahan pengguna laman sosial.
Video tular itu telah mendapat perhatian rakan pemandu berkenaan yang mendedahkan lelaki itu meninggal dunia akibat sakit jantung.
PEKA 5 TANDA SERANGAN JANTUNG
Penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu rakyat Malaysia sejak dahulu lagi terutamanya di kalangan golongan perokok dan individu yang hidup secara sedentari.
Golongan yang berisiko perlu peka pada perubahan badan dan tanda-tanda serangan jantung. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Simptomnya berbeza mengikut individu. Segelintir akan mula berasa sakit atau tidak selesa, manakala sesetengah pula tidak mengalami sakit dada langsung.
Antara tanda simptom serangan jantung ialah seperti berikut:
- Dada terasa tidak selesa. Ia mungkin terasa ketat, dihimpit atau sakit. Kesakitan ini boleh dirasa untuk beberapa minit.
- Sakit dan tidak selesa di bahagian atas tubuh.
- Tercungap-cungap.
- Loya dan muntah.
-Pening kepala.
-Berpeluh sejuk
Baca juga: Sakit jantung: Orang muda tidak terkecuali
Wanita mungkin mengalami simptom yang berbeza berbanding dengan lelaki dan dikatakan ebih mudah mengalami sakit dada tanpa tekanan berbanding dengan lelaki.
Mereka turut mengalami simptom tertentu seperti tercungap-cungap, lemah, lesu, ketidak hadaman, loya atau muntah dan jantung berdebar-debar, sakit pada bahagian belakang badan, lengan, leher dan rahang.
Jika korang atau orang sekeliling mengalami simptom-simptom ini, ia mungkin serangan jantung. Dapatkan rawatan dengan segera.
Baca juga: Seram! Tular Video Penumpang Bas KL - Penang Tiba-Tiba Menari Buat Meremang Bulu Roma
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Cikgu Fadli Salleh, IPD Sungai Buloh, My Health My Life