BIASA yang kita dengar histeria atau ‘meracau’ dek rasukan misteri terjadi kepada pelajar asrama atau universiti.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia tiba-tiba terkena gangguan ketika di dalam bas.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menerusi perkongsian Facebook Penang Kini, bas ekspres tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (Penang).

Seorang penumpangnya secara tiba-tiba bertindak luar kawalan menari seolah ‘dirasuk’ sesuatu dalam bas semasa di dalam perjalanan.

Video tersebut menjadi tular sejak semalam dan kini telah mencecah 400 ribu tontonan.

Rata-rata warga maya berasa seram dan meremang bulu roma melihat aksi yang tidak normal dari penumpang tersebut.

Dalam pada itu, pemandu bas berkenaan yang dikenali Helmi tampil berkongsi kejadian sebenar pada waktu demikian.

Seram! Tular video penumpang bas KL - Penang tiba-tiba menari buat meremang bulu roma

Katanya, penumpang tersebut menaiki bas itu berdua bersama ibunya dan mula bertindak aneh sebaik saja mereka melalui kawasan Gua Tempurung.

Iklan

Ujarnya, waktu dia sedang memandu, dia terdengar mak kepada lelaki berkenaan menjerti dan mengajar mengucap.

Ketika itu jam menunjukkan 1.20 pagi dan betul-betul melalui Gua Tempurung, Perak iaitu KM 317 arah utara.

Tambahnya lagi, dia tetap meneruskan pemanduannya ke hentian Rehat dan Rawat terdekat di Simpang Pulai dan penumpang itu terus menari akibat ‘keteguran’ sepanjang perjalanan ke sana.

Baca juga Hati tersentuh lihat Rahil, Iman menderita penyakit kepala besar sejak lahir. Mereka perlukan bantuan kita

Iklan

Helmi kemudiannya bertindak memasang ayat ruqyah dan ayat suci al-Quran.

“Dia menari di tempat duduknya sahaja. Bila sampai, kami bantu pulihkannya.

“Alhamdulillah dia sedar 15 minit kemudian. Kami tanya apa yang berlaku, dia jawab ternampak sesuatu,” ujarnya.