PENGGUNAAN paku dalam pembungkusan makanan menjadi kebiasaan bagi peniaga makanan di Kelantan.
Trend menggunakan paku itu bagaimanapun dianggap food hazard (makanan bahaya) kerana mendedahkan pengguna kepada risiko tertelan.
Susulan larangan membungkus makanan menggunakan paku, dawai kokot dan bahan berbahaya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedai makan di Kelantan kini beralih kepada getah pengikat.
Sinar Harian melaporkan Restoran Nasi Hover yang terdahulu menggunakan paku selama 20 tahun dalam pembungkusan nasi sudah bertukar kepada getah sejak dua minggu lalu.
Pemiliknya, Hassan Abdul Rahman berkata dia dimaklumkan ahli keluarga mengenai satu kejadian yang berlaku melibatkan penggunaan paku dalam pembungkusan nasi sehingga boleh mengakibatkan maut.
[caption id="attachment_69092" width="800"] Gambar hiasan.[/caption]
SUDAH LAMA TIDAK GUNA PAKU
Sementara itu, di sebuah lagi restoran iaitu Nasi Paku Ayam Kampung di Berek 12, pemiliknya mengakui sudah bertahun tidak menggunakan paku dalam pembungkusan nasi.
Pemiliknya, Muhammad Ibrahim bercerita sememangnya perniagaan nasi yang diusahakan keluarganya itu menggunakan paku sepenuhnya sehingga terhasilnya nama kedai berkenaan.
Bagaimanapun selepas dia mengambil alih, teknik pembungkusan ditukar. Sebelum ini menggunakan paku, mereka beralih kepada getah.
Baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan tindakan tegas diambil KK M berhubung trend penggunaan bahan seperti paku, dawai kokot dan seumpamanya pada pembungkusan makanan.
Menurutnya ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius sekiranya bahan tersebut termasuk ke dalam makanan dan ditelan pengguna.
Baca juga: Bahayanya! Kanak-kanak 12 tahun maut tercekik bebola daging