BANJIR besar yang masih melanda negara melibatkan beberapa negeri seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.
Ia amat memberi impak besar kepada rakyat. Bukan sahaja rumah, kenderaan dan harta benda yang mengalami kerosakan teruk, ia juga mengancam nyawa.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.00 pagi itu ketika mereka dalam perjalanan ke Kampung Orang Asli Aur untuk menghantar bakul makanan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Ketua Misi, Roslan Abu Kassim, 58, berkata beliau bersama adiknya Mizi Abu Kassim, 28, serta pemandu bot, Belawak Bajah, 30, dalam perjalanan untuk menghantar makanan kepada Orang Asli Kampung Aur.
Seorang anggota sempat merakam video misi mereka termasuk keadaan jeram yang dilalui sebelum bot itu dimasuki air secara tiba-tiba lalu terbalik dan karam.
Baca juga Video ritual ‘tolak’ banjir tular, Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat, berikut 10 info kejadian
Kesemua anggota terbabit dihanyutkan arus sejauh kira-kira 500 meter sebelum diberi bantuan oleh penduduk Kampung Orang Asli Dedari yang berada di tebing sungai itu.
Namun syukur, mereka bertiga terselamat dan tidak menghadapi sebarang kecederaan dalam insiden itu.